PERMOHONAN BANTUAN 300 EWALLET B40 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN 300 EWALLET B40 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

Sekali lagi inisiatif bantuan tunai yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet akan diteruskan sepanjang tahun 2024 ini dengan kadar bantuan sebanyak RM300 setiap bulan khas untuk golongan B40 yang berpendapatan tidak melebihi had yang ditetapkan.

Bagaimanakah permohonan bantuan 300 ewallet b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN B40 KERAJAAN : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

PERUNTUKAN BANTUAN 300 EWALLET 2024

Kerajaan Negeri Selangor yang telah memperuntukan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet. Bantuan ini adalah diperuntukan khas untuk 30,000 individu yang memenuhi syarat kelayakan serta paling terawal memohon sepanjang tahun.

KELEBIHAN MEMOHON BANTUAN 300 EWALLET B40 2024

Berikut merupakan kelebihan yang diperoleh sekiranya pemohon memohon bantuan dalam aplikasi e-Wallet :

  • Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN 300 EWALLET B40 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon bantuan tunai RM300 dalam aplikasi e-Wallet seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

PERMOHONAN BANTUAN 300 EWALLET B40 2024

Ikuti panduan cara-cara permohonan bantuan tunai RM300 dalam e-Wallet di pautan rasmi seperti berikut :

PAUTAN RASMI PERMOHONAN
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila layari pautan laman rasmi permohonan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman utama BINGKAS.
  3. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  4. Jika anda mempunyai akaun ‘Selangkah’, masukkan nombor telefon dan kata laluan.
  5. Kemudian, tekan [Log Masuk].
  6. Jika tiada akaun, sila tekan pautan [Daftar Sekarang] dan daftar untuk teruskan.
  7. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  8. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  9. Klik [Sahkan OTP].
  10. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  11. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  12. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  13. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  14. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  15. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  16. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  17. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  18. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  19. Tekan butang [Hantar].
  20. ‘Pendaftaran BINGKAS anda berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
  21. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment