PERMOHONAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA 2024 : DAFTAR SEKARANG
Diperkenalkan oleh Kerajaan sejak November 2021 dan masih diteruskan pelaksanaan Bantuan Kehidupan Sejahtera ini pada tahun 2024 bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan. Setiap tahun Kerajaan negeri memperuntukan bantuan ini kepada lebih 30,000 pemohon yang berkelayakan menerima.
Bagaimanakah permohonan bantuan kehidupan sejahtera? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK SENARAI PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 : CHECK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA
Bantuan Kehidupan Sejahtera adalah sebuah inisiatif pemberian bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan sepanjang tahun iaitu dengan pengkreditan setiap bulan kepada penerima yang disahkan layak oleh Kerajaan negeri.
JUMLAH BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA 2024
Kerajaan memperuntukan Bantuan Kehidupan Sejahtera adalah sebanyak jumlah berikut :
JUMLAH BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA |
---|
RM3,600 (setahun) kepada setiap individu. Namun, disalurkan setiap bulan iaitu sebanyak RM300. |
KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA 2024
Setiap pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah akan dipertimbangkan oleh Kerajaan negeri :
- Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja;
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
- Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
- Merupakan pemilih berdaftar.
PERMOHONAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA 2024
Setiap pemohon perlu sertakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan dan dokumen yang berkaitan. Permohonan boleh dilakukan melalui laman rasmi bantuan atau melalui aplikasi seperti berikut :
- PERMOHONAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA MELALUI LAMAN RASMI :
- Sila layari pautan laman rasmi permohonan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Kemudian, anda akan dibawa ke halaman utama BINGKAS.
- Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
- Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
- Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
- Klik [Sahkan OTP].
- Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
- Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
- Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
- Kemudian, tekan butang [Teruskan].
- Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
- Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
- Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
- Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Tekan butang [Hantar].
- ‘Pendaftaran BINGKAS anda berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
- Selesai.
- PERMOHONAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA MELALUI APLIKASI :
- Sila muat turun aplikasi SELANGKAH di apps store / play store dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Kemudian, isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik pada ikon [SELANGKAH WALLET].
- Seterusnya, klik pada [Permohonan Bantuan].
- Isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian BINGKAS : 1800-22-6600
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.