SEMAK SENARAI PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Aplikasi e-Wallet (e-Dompet) adalah antara aplikasi yang mudah digunakan untuk penerimaan tunai dan mudah digunakan untuk pelbagai transaksi lain. Oleh itu, Kerajaan mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM300 ke dalam aplikasi e-Wallet kepada rakyat yang terpilih menerima.
Bagaimanakah semak senarai penerima bantuan ewallet 300? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN RAYA AIDILFITRI : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
APA ITU BANTUAN EWALLET 300 2024
Bantuan e-Wallet adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan negeri untuk membantu menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat dengan mudah dan senang. Bantuan ini disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan ke dalam aplikasi e-Wallet penerima yang layak.
APAKAH TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN EWALLET 300 2024
Tujuan utama pemberian Bantuan ke dalam aplikasi e-Wallet adalah untuk memudahkan Kerajaan menyalurkan bantuan disamping kebolehcapaian penerima terhadap bantuan tunai dengan mudah serta dapat menggunakannya dalam pelbagai transaksi pembelian tanpa tunai (cashless).
APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEH PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 2024
Berikut merupakan manfaat-manfaat yang bakal diperoleh penerima daripada bantuan ini :
- Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan di kedai serta pasaraya berdaftar.
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
- RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
- Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN EWALLET 300 2024
Penerima yang layak adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
SEMAK SENARAI PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 2024
Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima Bantuan e-Wallet sebanyak RM300 di pautan semakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Laman pertanyaan : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Talian BINGKAS : 1800-22-6600
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.