CARA SEMAKAN SEMULA SPM ONLINE 2024 : CARA SEMAK DAN CAJ BAYARAN
Calon atau ibu bapa boleh menyemak keputusan SPM 2024/2025 mereka secara dalam talian melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di myresultspm.moe.gov.my mulai 24 April 2025 jam 10:00 pagi hingga 30 April 2025 jam 6:00 petang.
Semakan yang cukup mudah dan boleh dilakukan terus dari website yang disediakan dibawah. Mari ikuti langkah di bawah untuk mula menyemak!
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN 3.0 2025 : SEMAK JIKA TERPILIH ATAU TIDAK SECARA ONLINE
SEMAKAN RESULT SPM 2024
Untuk makluman, calon boleh membuat semakan keputusan SPM melalui beberapa kaedah berikut:
- KAEDAH 1: SEMAKAN DI SEKOLAH
- Bagi calon yang menghadapi kesukaran untuk membuat semakan dalam talian, mereka boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing atau di sekolah berhampiran.
- KAEDAH 2: SEMAKAN SECARA DALAM TALIAN
- Calon digalakkan menyemak keputusan mereka secara atas talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my bermula dari 24 April 2025 jam 10:00 pagi hingga 30 April 2025 jam 6:00 petang.
- Semakan ini boleh dilakukan oleh calon sekolah dan juga calon persendirian untuk mendapatkan slip keputusan rasmi SPM 2024/2025.
- KAEDAH 3: SEMAKAN MELALUI SMS
- Calon juga boleh menyemak ringkasan keputusan SPM 2024 melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip:
- SPM<>NoKP<>AngkaGiliran dan hantarkan ke 15888
- (Contoh: SPM 070203045678 AA008A008)
- Calon juga boleh menyemak ringkasan keputusan SPM 2024 melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip:
Perkhidmatan SMS ini akan mula beroperasi pada 24 April 2025 jam 10:00 pagi dan berakhir pada 30 April 2025 jam 6:00 petang.
CREDIT SPM GRADE
Berikut dikongsikan juga takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk makluman bersama.
TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM
- A+ : Cemerlang Tertinggi
- A : Cemerlang Tinggi
- A- : Cemerlang
- B+ : Kepujian Tertinggi
- B : Kepujian Tinggi
- B : Kepujian Atas
- C : Kepujian
- D : Lulus Atas
- E : Lulus
- G : Gagal
- Keputusan ditahan / dibatalkan
- Catatan “Digantung” menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
- Catatan “Dibatalkan” menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
- Keputusan “T”
- Catatan “T” menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
SEMAKAN SEMULA SPM ONLINE
Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.
Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.
Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:
- Semakan semula keputusan dibuka selama 30 hari pada waktu dan masa yang akan dimaklumkan kelak.
- Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
- Klik pada permohonan semakan semula keputusan
- Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
- Selesai.
- Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
- Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu
TALIAN BANTUAN
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui :
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
- Laman web rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/
- Laman web semakan keputusan : https://myresultspm.moe.gov.my/