PLKN 3.0 WAJIB ATAU TIDAK : SEMAK NAMA ANDA JIKA TERPILIH
PLKN 3.0 WAJIB ATAU TIDAK ? Untuk 2025, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sudah di peringkat wajib untuk peserta yang akan menerima surat rasmi daripada pihak berkuasa.
Peserta yang dipanggil mesti hadir; jika tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, mereka akan di anggap melanggar Akta Latihan Khidmat Khidmat Negara.
Di samping itu, mereka dengan komitmen pekerjaan atau masalah kesihatan tertentu boleh membuat permohonan penangguhan kepada Jabatan Latihan Khidmat Khidmat Negara (JLKN).
Ketika acara ini berlangsung, majikan diharuskan untuk memberikan pelepasan kepada pekerja yang menerima panggilan. Sekiranya tidak, mereka harus memberikan justifikasi kepada JLKN.
PLKN 3.0 dibangunkan secara berfasa dan berpandukan kepada format baru. Fasa Pra PLKN melibatkan pelajar Tingkatan Empat, dan pelaksanaannya di sekolah semasa kokurikulum. Fasa PLKN Asas pula membabitkan remaja berusia 17 tahun ke atas, yang dijadualkan bermula sekitar bulan April 2026 di beberapa kem dan institusi terpilih.
Untuk makluman, siri pertama PLKN 3.0 yang bermula pada Januari 2025 di peringkat sukarela. Namun, siri selanjutnya adalah wajib untuk yang terpilih.
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN 3.0 2025 : SEMAK JIKA TERPILIH ATAU TIDAK SECARA ONLINE
KETAHUI APA ITU PLKN 3.0
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang pernah diberi nama Kelompok Pertama, telah mula diperkenalkan seawal Disember 2003 tatkala Malaysia sering dilanda pelbagai isu sosial dan gejala negatif.
Modul yang disediakan setakat ini meliputi aktiviti fizik, ketahanan bangsa, pembinaan jati diri, dan bakti masyarakat dan berskurs selama 3 bulan.
PLKN telah mengalami beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan, termasuk dalam tahun 2015 apabila program ini telah mula diberhentikan.
Pada 2016 Program PLKN 2.0, bilangan peyertaan didapati mengecil kira-kira 20,000 setahun.
Pada 13 Ogos 2018, sidang Kabinet bersetuju secara rasmi untuk ‘membekukan’ Program Latihan Khidmat Negara serta Biro Tatanegara tamat tanpa perancangan susulan.
MODUL PLKN 3.0
Antara program PLKN yang terbaru adalah meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti :
- Modul Fizikal :
- melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak :
- meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat :
- meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
SIAPAKAH YANG TERLIBAT
Individu yang akan terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 adalah mengikut fasa-fasa pelaksanaan seperti berikut :
- Fasa Latihan Pra PLKN :
- Bagi Fasa Pra PLKN, ianya merangkumi pelajar Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan kokurikulum yang diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun.
- Fasa Latihan Asas PLKN :
- Bagi Fasa Latihan Asas PLKN, ia akan melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.
- Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30% dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70% yang bersifat intensif, lapangan serta praktikal.
- Fasa Peringkat Latihan Lanjutan :
- Untuk Fasa Peringkat Latihan Lanjutan pula sedan dibincangkan sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.
- Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.
Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang lahir pada 2007 sahaja akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dan had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga 35 tahun sahaja.
LOKASI LATIHAN PLKN 3.0
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut siri-siri berikut :
- SIRI 1.0 :
Lokasi : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.
Tarikh : 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025. - SIRI 2.0 :
Lokasi : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
Tarikh : 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025. - SIRI 3.0 :
Lokasi : Kem Rejimen 515 Askar wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan Pahang.
Tarikh : 7 September 2025 hingga 21 Oktober 2025.
SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN
Ikuti panduan semakan kelayakan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terbaru seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi Semakan Pelatih PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Selesai.
- Untuk semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :

RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.