SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Wang tunai disalurkan ke dalam MyKad penerima adalah sebuah inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia kerana dapat menerima dan menggunakannya dengan mudah sahaja. Bantuan tunai disalurkan ke dalam MyKad masih diteruskan sehingga ke penghujung Disember 2024.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 300 EWALLET : CHECK STATUS SEKARANG

JUMLAH BANTUAN TUNAI MYKAD 2024

Bantuan tunai yang disalurkan ke dalam MyKad penerima adalah berbeza mengikut jumlah yang ditetapkan kepada setiap kategori seperti berikut :

  • Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa tunggal yang mempunyai anak :
    • Disalurkan mengikut status kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
STATUS KELAYAKANJUMLAH BANTUAN
Miskin TegarRM1,200 setahun
Miskin e-KasihRM1,200 setahun
Asas Bukan MiskinRM300 setahun
  • Warga Emas Tiada Pasangan serta tidak mempunyai tanggungan :
    • Disalurkan mengikut status kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
STATUS KELAYAKANJUMLAH BANTUAN
Miskin TegarRM1,200 setahun
Miskin e-KasihRM1,200 setahun
Asas Bukan MiskinRM150 setahun
  • Bujang / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak :
    • Disalurkan mengikut status kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
STATUS KELAYAKANJUMLAH BANTUAN
Miskin TegarRM600 setahun
Miskin e-KasihRM600 setahun
Asas Bukan MiskinRM150 setahun

TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI MYKAD 2024

Penyaluran bantuan tunai ke dalam MyKad penerima adalah mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH PENYALURAN
Bermula 22/02/2024 (setiap bulan) sehingga 01/12/2024

KEGUNAAN BANTUAN TUNAI MYKAD 2024

Bantuan tunai yang disalurkan ke dalam Mykad adalah khas digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih / berdaftar dengan bantuan dan pembayaran hanya perlu menggunakan MyKad penerima sahaja.

Namun, pembelian adalah terhad kepada jumlah yang diberikan setiap bulan serta perlu mengikut kategori barangan keperluan asas yang dibenarkan. Sekiranya pembelian melebihi had bantuan atau barang selain yang disenaraikan, penerima perlu membayarnya sendiri.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKAD 2024

Ikuti cara semakan menggunakan nombor MyKad di pautan rasmi semakan seperti berikut :

PERKARAPAUTAN RASMI
Semakan Nama Penerima
Bantuan Tunai MyKad
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment