SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Perayaan Aidilfitri bakal menjelang, pastinya sudah ramai rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang telah mula membuat persiapan untuk menyambutnya. Namun, masih ada yang belum membuat sebarang persiapan oleh kerana kurang kemampuan. Justeru, Bantuan Raya Aidilfitri dilancarkan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan raya aidilfitri? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKAD : CHECK STATUS SEKARANG

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Bantuan Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 telah mula dikreditkan kepada penerima secara berperingkat bermula pada 12 Mac 2024 yang bersamaan 1 Ramadhan 1445H. Penerima yang disahkan layak bakal menerima bantuan ini secara berperingkat mengikut kelayakan.

BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Setiap penerima akan menerima jumlah Bantuan Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 yang berbeza, kerana ia bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga. Jumlah yang bakal disalurkan adalah bernilai antara RM300 sehingga RM1,000 mengikut jumlah tanggungan.

BAGAIMANAKAH KAEDAH PENYALURAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Penyaluran Bantuan Raya Aidilfitri mempunyai dua (2) kaedah yang berbeza mengikut keadaan penerima iaitu samaada disalurkan ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara baucar tunai dan serahan tunai kepada penerima yang disahkah layak.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; serta
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima Bantuan Raya Aidilfitri di portal rasmi semakan berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan status penerima di sini : https://ezo.zakatselangor.com.my/.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman Semakan Status.
  3. Masukkan ID pemohon yang telah didaftarkan pada ruangan yang disediakan.
  4. Serta masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
  5. Klik pada butang [Sign In] di bawah.
  6. Pada halaman utama, sila klik pada [Semak Status Permohonan Zakat].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZM). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lzs-peruntuk-rm319-juta-bantuan-ramadan-dan-syawal-461706.

Leave a Comment