SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 600 2024 : SEMAK SEKARANG
Rakyat di bandar mahupun luar bandar pasti terkesan akan peningkatan ekonomi yang mencabar. Sejajar dengan itu, Kerajaan telah menyediakan peruntukan bantuan MyKasih sebanyak RM600 untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan sebagai persediaan untuk menghadapi isu kos sara hidup yang tinggi.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan mykasih 600? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 600 : CHECK STATUS SEKARANG
KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 600 2024
Bantuan MyKasih akan dibayar kepada penerima mengikut kaedah yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Dikreditkan terus ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan; atau
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai (di BSN) sekiranya :
- Tiada maklumat akaun bank pemohon.
- Status pengkreditan gagal kredit.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 600 2024
Pembayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM600 adalah mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
19 Februari 2024 (Isnin) | RM600 |
12 Ogos 2024 (Isnin) | RM600 |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 600 2024
Pemberian Bantuan MyKasih yang bernilai RM600 adalah terhad kepada yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Berkeluarga (ada atau tiada anak) / ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
- Bermastautin di Sabah / Sarawak / Wilayah Persekutuan Labuan;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 600 2024
Ikuti cara semakan senarai nama penerima Bantuan MyKasih bernilai RM600 bagi tahun 2024 di pautan rasmi MyKasih seperti berikut :
PAUTAN RASMI SEMAKAN MYKASIH |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.