SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Bantuan Sara Rahmah telah ditambahbaik dan Kerajaan telah menyenaraikan kategori penerima yang baharu yang layak menerima RM100 setiap bulan bagi tahun 2024. Peruntukan juga telah dinaikkan sehingga RM700 juta untuk 7000,000 setiap bulan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara rahmah 100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 600 : SEMAK SEKARANG

BAGAIMANAKAH CARA PELAKSANAAN BANTUAN SARA RAHMAH 100 SETIAP BULAN 2024

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

BILAKAH TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA RAHMAH 100 SETIAP BULAN 2024

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 secara bulanan selama setahun melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.

DIMANAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 100 SETIAP BULAN

Terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas. Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat (berhampiran) boleh disemak melalui pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

BAGAIMANAKAH CARA PENGGUNAAN BANTUAN SARA RAHMAH 100 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan cara-cara penggunaan Bantuan Sara Rahmah RM100 setiap bulan :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan baki.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 100 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima Bantuan Sara Rahmah di pautan rasmi berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Sara Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment