SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Pertambahan bilangan penerima bagi tahun 2024 adalah kerana Kerajaan telah mempertimbangkan reaksi positif oleh penerima bagi tahun sebelum ini. Oleh itu, lebih ramai golongan B40 yang layak menerima bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad mengikut kadar yang telah ditetapkan setiap penerima bagi tahun 2024.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan b40 dalam mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 : SEMAK SEKARANG
KATEGORI PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024
Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah terhad kepada golongan B40 yang mengikut kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Kategori Miskin Tegar : -Isi Rumah Bekeluarga / Ibubapa tunggal (ada anak) -Warga Emas Bujang -Bujang | 200,000 penerima |
Kategori Miskin e-Kasih : -Isi Rumah Bekeluarga / Ibubapa tunggal (ada anak) -Warga Emas Bujang -Bujang | 700,000 penerima |
KADAR PEROLEHAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024
Setiap kategori akan menerima bantuan dalam MyKad yang berbeza kadar seperti berikut :
- Isi Rumah Bekerluarga / Ibubapa Tunggal (ada anak) :
KATEGORI | KADAR PEROLEHAN BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
Miskin Tegar | RM1,200 |
Miskin e-Kasih | RM1,200 |
- Warga Emas Bujang (tiada anak) :
KATEGORI | KADAR PEROLEHAN BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
Miskin Tegar | RM1,200 |
Miskin e-Kasih | RM1,200 |
- Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak) :
KATEGORI | KADAR PEROLEHAN BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
Miskin Tegar | RM600 |
Miskin e-Kasih | RM600 |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024
Bantuan bakal dikreditkan ke dalam MyKad secara ansur setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
TARIKH PENGKREDITAN | KADAR PEROLEHAN BANTUAN UNTUK ISI RUMAH DAN WARGA EMAS | KADAR PEROLEHAN BANTUAN UNTUK KATEGORI BUJANG |
---|---|---|
22.01.2024 | RM100 | RM50 |
01.02.2024 | RM100 | RM50 |
01.03.2024 | RM100 | RM50 |
01.04.2024 | RM100 | RM50 |
01.05.2024 | RM100 | RM50 |
01.06.2024 | RM100 | RM50 |
01.07.2024 | RM100 | RM50 |
01.08.2024 | RM100 | RM50 |
01.09.2024 | RM100 | RM50 |
01.10.2024 | RM100 | RM50 |
01.11.2024 | RM100 | RM50 |
01.12.2024 | RM100 | RM50 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024
Untuk membuat semakan status penerima bantuan untuk B40 dalam MyKad, pemohon perlu membuat semakan melalui laman rasmi semakan di bawah :
PERKARA | PAUTAN RASMI |
---|---|
Semakan Status Penerima Bantuan B40 dalam MyKad | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan rasmi semakan status di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Semoga dapat bantuan kewangan untuk kategori bujang B40 miskin tegar sebelum bulan syawal ni
0178570971