SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Dijangka hampir 8.0 juta rakyat Malaysia yang bakal menerima bantuan tunai dalam MyKad. Namun, pemberian bantuan dalam MyKad adalah secara berperingkat sepanjang tahun 2024 dan peringkat pertama telah mula disalurkan kepada 0.7 juta penerima yang disahkan layak.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan dalam mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 : CHECK STATUS SEKARANG
KADAR PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Berikut merupakan kadar penerima mengikut kategori kelayakan :
- Kategori Miskin Tegar :
BIL. | KATEGORI PENERIMA |
---|---|
1. | Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa Tunggal yang mempunyai anak |
2. | Warga Emas Tiada Pasangan |
3. | Bujang / Bujang OKU |
- Kategori Miskin e-Kasih :
BIL. | KATEGORI PENERIMA |
---|---|
1. | Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa Tunggal yang mempunyai anak |
2. | Warga Emas Tiada Pasangan |
3. | Bujang / Bujang OKU |
- Kategori Asas Bukan Miskin :
BIL. | KATEGORI PENERIMA |
---|---|
1. | Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa Tunggal yang mempunyai anak |
2. | Warga Emas Tiada Pasangan |
3. | Bujang / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak |
KADAR AMAUN BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Setiap penerima akan menerima kadar amaun yang berbeza mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
KATEGORI MISKIN TEGAR | KATEGORI MISKIN E-KASIH | KATEGORI ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
Isi Rumah : RM100 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan | Isi Rumah : (Akan diumumkan dalam masa terdekat) |
Warga Emas : RM100 sebulan | Warga Emas : RM100 sebulan | Warga Emas : (Akan diumumkan dalam masa terdekat) |
Bujang : RM50 sebulan | Bujang : RM50 sebulan | Bujang : (Akan diumumkan dalam masa terdekat) |
JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Pengkreditan bantuan dalam MyKad bagi tahun 2024 mengikut kategori setiap penerima adalah seperti tarikh berikut :
TARIKH KREDIT KATEGORI MISKIN & MISKIN TEGAR | TARIKH KREDIT KATEGORI ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
22/01/2024 01/02/2024 01/03/2024 01/04/2024 01/05/2024 01/06/2024 01/07/2024 01/08/2024 01/09/2024 01/10/2024 01/11/2024 01/12/2024 | Akan diumumkan dari semasa ke semasa (mengikut pindaan) |
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Semakan senarai nama penerima bantuan dalam Mykad perlu disemak melalui laman rasmi semakan seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Senarai Nama Penerima Bantuan Dalam Mykad | https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pautan laman rasmi semakan di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Assalamualaikum sya seorang Ibu tunggal
Dan mempunyai 4 orang anak yg sya tanggung, Saya ingat merayu sangat2 agar dapat Bantuan ini.ini salah satu laporan Saya Semak mengkatan tiada dalam rekod ic sya.