SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Penyaluran bantuan tunai ke dalam Mykad telah mendapat reaksi yang baik dan positif daripada penerima sebelum ini. Justeru, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian kepada lebih ramai penerima. Bukan itu sahaja, kadar bantuan juga telah dinaikkan bernilai sehingga RM1,200 berbanding tahun sebelum ini hanya RM600 sahaja dan menjadikan ia sehingga lima kali ganda peruntukan.

Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan mykad 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD : CHECK STATUS SEKARANG

FAEDAH PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024

Berikut merupakan faedah-faedah yang diperoleh penerima daripada bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad :

BIL.FAEDAH-FAEDAH BANTUAN MYKAD
1.Penerima boleh menggunakan MyKad untuk
pembelian barangan keperluan asas.
2.Dikreditkan ke dalam Mykad penerima secara
automatik setiap bulan.
3.Had pembelian adalah sehingga RM1,200 setahun.
4.Baki daripada bulan terdahulu boleh digunakan
pada bulan seterusnya.
5.Sah digunakan sehingga 31 Disember 2024

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024

Pemberian bantuan yang bernilai RM1,200 dalam MyKad adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun ke atas;
  • Berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Berdaftar sebagai penerima Miskin atau Miskin Tegar; dan
  • Lulus permohonan sumbangan tunai daripada kerajaan.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD 1200 2024

Kerajaan akan mengkreditkan bantuan ke dalam Mykad yang bernilai RM1,200 secara ansur RM100 setiap bulan bermula pada 22 Januari 2024 dan bulan seterusnya pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga pengkreditan akhir pada 1 Disember 2024 ke dalam Mykad penerima.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024

Ikuti cara semakan senarai nama penerima bantuan RM1,200 dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan senarai nama penerima yang layak menerima bantuan dalam Mykad pada pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment