SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Sebahagian daripada hasil penyasaran semula subsidi akan disalurkan kepada rakyat melalui Bantuan MyKasih mengikut kadar yang ditetapkan setiap penerima. Tidak hanya terhad kepada golongan berkeluarga, golongan bujang juga diberi peruntukan oleh Kerajaan demi membantu mengangkat taraf ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan mykasih 300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 : SEMAK STATUS SEKARANG

KAEDAH PELAKSANAAN KREDIT BANTUAN MYKASIH 300 2024

Penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan Mykasih yang bernilai RM300 setiap dua kali setahun bagi tahun 2024 ini melalui akaun bank yang telah didaftarkan atau diberikan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya gagal kredit atau tiada maklumat perbankan penerima.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH 300 2024

Kerajaan telah mengumumkan tarikh pengkreditan bantuan MyKasih yang bernilai RM300 adalah dua kali setahun yang bermula pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan pengkreditan kali kedua (akhir bagi tahun 2024) iaitu pada 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui akaun bank atau tunai di bank.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024

Penyaluran Bantuan MyKasih yang bernilai RM300 adalah terhad kepada yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun;
  • Berstatus bujang / balu / duda / janda yang tidak mempunyai anak;
  • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Beralamat dan menetap di negeri Sabah atau Sarawak;
  • Mendaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin atau Miskin Tegar; dan
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah.

*Pemohon yang memohon Sumbangan Tunai Rahmah serta berdaftar dengan e-Kasih akan menerima bantuan Mykasih secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan.

CARA MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024

Mykasih akan memaklumkan penerima yang layak melalui cara-cara seperti berikut :

CARA MAKLUMANPENERANGAN
Surat maklumanSesetengah penerima akan menerima
surat pemakluman (mengikut alamat
yang didaftarkan) bahawa layak menerima
Bantuan MyKasih.
Sistem SMSPenerima akan menerima Sistem Pesanan
Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada
MyKasih untuk mengesahkan status mereka
sebagai penerima di bawah program ini.
Semakan terus melalui
portal rasmi Mykasih
Sekiranya tidak menerima pemakluman di
atas, pemohon boleh membuat semakan
status di portal rasmi bantuan Mykasih.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024

Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan Mykasih di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment