SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 DIKREDITKAN PADA 5 APRIL 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG
Pada 5 April 2024, Bantuan Khas Aidilfitri akan mula dikreditkan kepada penerima yang berkenaan yang dijanjikan oleh Kerajaan. Bantuan ini disalurkan adalah untuk membantu penerima membuat persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi.
Bagaimanakah semakan status bantuan khas aidilfitri rm500? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 TELAH DIBENARKAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500
Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA) akan disalurkan ke akaun bank secara berperingkat di seluruh negara bermula pada hari ini, 5 April 2024. Inisiatif istimewa ini adalah sebahagian daripada bantuan yang disediakan dalam Belanjawan 2024.
Program bantuan raya ini akan diberikan pada kadar RM500 dan RM250 mengikut kategori penerima. Pengagihan akan disalurkan secara berperingkat pada hari ini di seluruh negara.
SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 DIKREDITKAN PADA 5 APRIL 2024
- Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 5 April.
- Pegawai lantikan Contract of Service (COS).
- Pegawai sambilan harian.
- Pegawai lantikan MySTEP.
- Pesara kerajaan.
- Veteran berpencen.
- Veteran tidak berpencen.
- Pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh.
- Pegawai yang bercuti separuh gaji.
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji.
- Guru interim
- Pemandu yang dilantik secara peribadi oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang memenuhi syarat, tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatan mereka.
- Pemandu yang dilantik secara peribadi oleh anggota pentadbiran, hakim, dan pesuruhjaya kehakiman.
KADAR PEMBERIAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024
Setiap penerima akan menerima kadar bantuan yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
---|---|
Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Termasuk Lantikan Kontrak | RM500 |
Pesara Kerajaan Termasuk Veteran Berpencen dan Veteran Tidak Berpencen | RM250 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 DIKREDITKAN PADA 5 APRIL 2024
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penerima Bantuan Khas Aidilfitri adalah semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan pesara Kerajaan layak menerima bantuan ini.
Manakala Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf, Pegawai yang memangku, dipinjam, atau ditukar sementara dan Pegawai dengan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas adalah tidak layak menerima Bantuan Khas Aidilfitri bagi tahun 2024.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Berita terkini yang berkaitan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib yang bertanggungjawab di bawah bantuan ini.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1230186/duit-raya-rm500-untuk-penjawat-awam-gred-56-ke-bawah.
Assalamualaikum saya layak ke dapat bantuan sebelum hari raya ini