SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR FASA 2 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR FASA 2 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG

Antara fasa bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) yang dinantikan adalah fasa kedua yang mana Kerajaan menjanjikan untuk mengkreditkannya sebelum perayaan Aidilfitri dan janji tersebut telah ditunaikan bermula pada 3 April 2024 secara berperingkat.

Bagaimanakah semakan status bantuan mystr fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL : CHECK SEKARANG

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSTR FASA 2 2024

Penerima bantuan MySTR fasa kedua telah bertambah oleh kerana rayuan dan permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun ini. Berikut merupakan jumlah penerima mengikut kategori :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.0 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0.9 juta
Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan bawah RM5,000
1.2 juta
Bujang Pendapatan
bawah RM2,500 sebulan
3.3 juta

KADAR BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 2 2024

Setiap kategori akan menerima kadar bayaran yang berbeza seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
BILANGAN ANAK/
KADAR BAYARAN
KADAR BAYARAN
STR 2024
KADAR
BAYARAN
FASA 1
KADAR
BAYARAN
FASA 2
Tiada AnakRM1,000RM500RM150
1 – 2 AnakRM1,500RM500RM300
3 – 4 AnakRM2,000RM500RM500
5 ke atasRM2,500RM500RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
BILANGAN ANAK/
KADAR BAYARAN
KADAR BAYARAN
STR 2024
KADAR
BAYARAN
FASA 1
KADAR
BAYARAN
FASA 2
Tiada AnakRM500RM100RM100
1 – 2 AnakRM750RM150RM200
3 – 4 AnakRM1,000RM250RM250
5 ke atasRM1,250RM300RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
KADAR BAYARAN
STR 2024
KADAR
BAYARAN
FASA 1
KADAR
BAYARAN
FASA 2
RM600RM150RM150
  • Bujang Pendapatan bawah RM2,500 sebulan :
KADAR BAYARAN
STR 2024
KADAR
BAYARAN
FASA 1
KADAR
BAYARAN
FASA 2
RM350RM100RM100

KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 2 2024

Bantuan MySTR fasa kedua akan dibayar kepada penerima mengikut kaedah seperti berikut :

  1. Dibayar terus ke dalam akaun bank pemohon / pasangan; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR FASA 2 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan MySTR fasa kedua di pautan rasmi MySTR LHDNM berikut :

PUATAN RASMI SEMAKAN STATUS
MySTR LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan laman rasmi semakan status di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon fasa 2 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.

Leave a Comment