SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG
Seiring dengan permohonan baharu dan rayuan permohonan Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua telah dinaikkan sehingga 8.4 juta penerima. Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua disalurkan antara jumlah RM100 sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan penerima.
Bagaimanakah semakan bantuan tunai rahmah fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN KHAS AIDILFITRI ONE OFF RM500 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024
Kerajaan telah mengumumkan tarikh penyaluran Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua adalah seperti jadual berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Ada maklumat akaun bank | Bermula 3 April 2024 (Rabu) sehingga 9 April 2024 (Selasa) |
Tiada maklumat akaun bank | 3 April 2024 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024
Penyaluran Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua adalah mengikut kaedah seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Ada maklumat akaun bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon / pasangan |
Tiada maklumat akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024
Setiap penerima akan menerima bayaran yang berbeza mengikut kadar yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Warga Emas tiada Pasangan | RM150 |
Bujang Pendapatan bawah RM2,500 | RM100 |
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024
Bagaimanapun, pemohon perlu membuat semakan Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua yang bakal diperoleh pemohon. Ikuti panduan semakan di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan laman rasmi semakan status di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.