SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

Seiring dengan permohonan baharu dan rayuan permohonan Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua telah dinaikkan sehingga 8.4 juta penerima. Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua disalurkan antara jumlah RM100 sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan penerima.

Bagaimanakah semakan bantuan tunai rahmah fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN KHAS AIDILFITRI ONE OFF RM500 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024

Kerajaan telah mengumumkan tarikh penyaluran Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua adalah seperti jadual berikut :

JENIS PENERIMATARIKH PENYALURAN
Ada maklumat akaun bankBermula 3 April 2024 (Rabu)
sehingga
9 April 2024 (Selasa)
Tiada maklumat akaun bank3 April 2024

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024

Penyaluran Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua adalah mengikut kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Ada maklumat akaun bankDikreditkan ke dalam akaun bank
pemohon / pasangan
Tiada maklumat akaun bankDiberikan secara tunai di
kaunter cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN)

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024

Setiap penerima akan menerima bayaran yang berbeza mengikut kadar yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI RAHMAH
FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
Warga Emas tiada
Pasangan
RM150
Bujang Pendapatan
bawah RM2,500
RM100

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024

Bagaimanapun, pemohon perlu membuat semakan Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua yang bakal diperoleh pemohon. Ikuti panduan semakan di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman rasmi semakan status di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon fasa 2 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.

Leave a Comment