SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 5 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 5 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Hasil daripada penjimatan subsidi dapat dinikmati oleh golongan pendapatan rendah melalui bantuan Mykasih. Kini adalah fasa ke lima bantuan Mykasih disalurkan sepanjang tahun ini dengan kadar bantuan yang berbeza mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih fasa 5? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RM600 MYKAD : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH FASA 5 2024

Bantuan Mykasih fasa ke lima akan dibayar kepada penerima mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
FASA 5 2024
Bermula 1 Mei 2024 (Rabu) dan secara berperingkat

KADAR BAYARAN BANTUAN MYKASIH FASA 5 2024

Kadar pembayaran bantuan Mykasih fasa ke lima adalah berbeza mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
FASA 5
Isi Rumah BerkeluargaRM100
Warga EmasRM100
BujangRM50

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 5 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima bantuan Mykasih fasa ke lima :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 5 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan Mykasih fasa ke lima di portal rasmi Mykasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Mykasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Sila masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterusnya, tekan pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment