CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Mengambil kira sambutan program bantuan dalam Mykad yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan peruntukan sehingga RM700 juta ringgit untuk manfaat lebih ramai penerima yang memerlukan. Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 sepanjang tahun ini.

Bagaimanakah cara memohon bantuan mykad RM1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 5 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad telah diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang juga merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun, bantuan ini disalurkan khas untuk membantu rakyat menampung perbelanjaan keperluan asas setiap bulan.

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Peruntukan bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.

Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan Mykad di kedai-kedai runcit berdaftar yang berjumlah sehingga RM1,200 setahun.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Bantuan dalam Mykad adalah terhad kepada yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Untuk makluman, pemohon hanya perlu membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar. Ikuti cara permohonan berikut :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

DAFTAR BANTUAN MYKAD

Setelah permohonan Sumbangan Tunai Rahmah diluluskan, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih. Ikuti cara pendaftaran seperti berikut :

  1. Individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut :
    • Pejabat Pembangunan Negeri (PPN);
    • Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
  2. Menerusi telefon, surat atau emel rasmi ataupun membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di talian :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://www.icu.gov.my/?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s02.

Leave a Comment