SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR 2024 : SEMAK SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR 2024 : SEMAK SEKARANG

Pendekatan inisiatif pemberian bantuan barang dapur dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akan kenaikan sesetengah harga barangan. Penyaluran bantuan barang dapur adalah setiap bulan sepanjang tahun dengan kadar yang dijangka mencukupi untuk setiap penerima.

Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan barang dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : MY KASIH BANTUAN : SEMAKAN NAMA PENERIMA

KADAR BANTUAN BARANG DAPUR 2024

Sejajar dengan kenaikan sesetengah harga barangan, kadar bantuan juga telah dinaikkan untuk setiap penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
    • Akan menerima RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
  • Warga Emas (Tiada Pasangan) Pendapatan RM2,500 ke bawah :
    • Akan menerima RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
  • Bujang Pendapatan RM2,500 ke bawah :
    • Akan menerima RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2024

Terdapat 10 jenis barangan dapur yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan, antaranya ialah :

  1. Beras :Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutandan sebagainya.
  2. Roti :Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur :Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak :Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung :Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut :Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera :Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman :Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin :Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa :Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

*Nota: Pembelian selain barangan yang diluluskan atau pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima

PROSEDUR PENEBUSAN BANTUAN BARANG DAPUR 2024

Penerima yang disahkan layak, boleh membuat tebusan bantuan barangan dapur mengikut prosedur seperti berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih Barangan dapur berdasarkan 10 jenis barangan yang disenaraikan di atas.
  3. Setelah selesai memilih barangan, sila ke kaunter dan tunjukkan Kad pengenalan untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang dapur yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. kemudian, sila buat pembayaran dengan menggunakan kad pengenalan dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan baki.

SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR 2024

Senarai nama penerima bantuan barang dapur boleh disemak melalui laman di bawah berikut :

  1. Sila layari laman rasmi bantuan barang dapur pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman rasmi bantuan, sila klik pada [SEMAK].
  3. Seterusnya, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa ‘-‘. Contoh : 87***********.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  5. Nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Bantuan Barang Dapur (MyKasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment