TERKINI KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM SEBANYAK 15% 2024 : SEMAK SEKARANG

TERKINI KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM SEBANYAK 15% 2024 : SEMAK SEKARANG

Berita gembira mengenai kenaikan gaji penjawat awam telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim semalam. Dalam ucapannya penambahbaikan gaji, termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam yang merupakan hasil daripada Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Ikuti info lebih lanjut berkenaan kenaikan gaji penjawat awam 2024 di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR : SEMAK SEKARANG

KADAR KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

Penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 15% yang mana ia adalah kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negera. Dibandingkan sebelum ini kadar tertinggi hanyalah 13%. Oleh itu, Kerajaan MADANI akan memastikan kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu dan akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.

Tambahan Perdana Menteri lagi, ia adalah kenaikan paling baik dalam negara. Kewangan akan diteliti bagi melihat bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih daripada sepatutnya.

TARIKH TERKINI KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM SEBANYAK 15% 2024

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

Dan pada 1 Mei 2024 (semalam), Perdana Menteri telah mengumumkan berita baik kepada para penjawat awam bahawa kadar kenaikan gaji sehingga 15% itu bakal dilaksanakan bermula pada 1 Disember 2024 ini.

Sementara itu, Kerajaan bersetuju memberikanBayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada pengumuman oleh Perdana Menteri berkaitan Kenaikan Gaji Penjawat Awam bagi tahun 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada pihak yang Jabatan Perkhidmatan Awam Negara.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1241359/gaji-penjawat-awam-naik-lebih-13-peratus-tertinggi-dalam-sejarah.

Leave a Comment