CARA MEMOHON BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Sesetengah barangan dapur ada yang telah dinaikan harga dek kerana kos pembuatan telah dinaikan dan pastinya segelintir rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah terkesan akan kenaikan tersebut. Oleh itu, Kerajaan melancarkan bantuan untuk pembelian barangan dapur RM100 setiap bulan.
Bagaimanakah cara memohon bantuan pembelian barangan dapur rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM1800 : SEMAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR M100 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan pembelian barangan dapur bernilai RM100 setiap bulan :
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Status berkahwin / ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan; dan
- Penerima STR dalam kategori Miskin e-Kasih.
TARIKH LULUS PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 SETIAP BULAN 2024
Penerima boleh membuat pembelian barangan dapur mengikut tarikh yang disalurkan bantuan seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
PEMBELIAN BARANGAN DAPUR | Bermula pada bulan 22 Januari 2024 dan setiap bulan pada 1 hari bulan Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan sehingga 1 Disember 2024 |
SENARAI 10 KATEGORI BANTUAN BARANGAN DAPUR 2024
Berikut merupakan senarai 10 kategori barangan dapur yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan RM100 setiap bulan :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutandan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
CARA MEMOHON BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 SETIAP BULAN 2024
Terdapat dua (2) permohonan yang perlu dilakukan iaitu, pemohon perlu memohon Sumbangan Tunai Rahmah dan perlu mendaftar e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar. Ikuti cara permohon di bawah berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
- Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
TALIAN DAFTAR BANTUAN
Seterusnya, pemohon perlu membuat pendaftaran dengan e-Kasih seperti berikut :
- Individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut :
- Pejabat Pembangunan Negeri (PPN);
- Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Menerusi telefon, surat atau emel rasmi ataupun membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di talian :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Bantuan Barang Dapur (MyKasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.