SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG ASAS RM300 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG ASAS RM300 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Oleh kerana kos sara hidup yang semakin tinggi, Kerajaan Negeri Selangor prihatin terhadap kenaikkan harga barang keperluan asas dengan menawarkan bantuan untuk pembelian barang keperluan asas sebanyak RM300 sebulan kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah semakan bantuan pembelian barang asas rm300 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG ASAS RM300 SEBULAN

Bantuan pembelian barang asas RM300 sebulan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

KADAR BANTUAN PEMBELIAN BARANG ASAS

Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan bantuan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakn syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk penerima bantuan RM300 sebulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

SENARAI BARANG ASAS RM300 SEBULAN

Untuk mengetahui senarai barangan asas yang diluluskan untuk pembelian dengan menggunakan bantuan ini, sila rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan.

KAEDAH PEMBELIAN BARANG ASAS RM300 SEBULAN

Pembelian barangan asas dengan menggunakan bantuan ini adalah seperti yang telah ditetapkan, sila rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/cara-pembelian.

SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG ASAS RM300 SEBULAN 2024

Sekiranya anda telah membuat permohon, anda boleh membuat semakan di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman web Portal Rasmi bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah diambil daripada Portal Rasmi BINGKAS. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami . Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment