CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM1200 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Nilai tunai bantuan Mykasih bagi tahun ini telah dinaikkan sebanyak RM1,200 berbanding tahun lalu hanya RM600 sahaja. Kadar peruntukan telah meningkat kerana bantuan ini telah dibuka untuk lebih ramai penerima bagi tahun ini.
Bagaimanakah cara memohon bantuan mykasih rm1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM1200 2024
Untuk memohon bantuan Mykasih, pemohon hendak memenuhi kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Status berkeluarga atau bujang;
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500 (berada dalam kategori Miskin / Miskin Tegar);
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Berdaftar dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KADAR BANTUAN MYKASIH 2024
Setiap penerima akan menerima bantuan Mykasih bagi tahun 2024 mengikut kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM1,200 |
Warga Emas | RM1,200 |
Bujang | RM600 |
TARIKH DAN CARA AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2024
Bantuan Mykasih akan diagihkan kepada penerima mengikut tarikh serta cara seperti berikut :
- Pengagihan bantuan Mykasih di Semenanjung Malaysia :
CARA AGIHAN | TARIKH |
---|---|
Akan diagihkan setiap bulan sebanyak RM50 (bujang) dan RM100 (berkeluarga & warga emas) melalui kad pengenalan yang diaktifkan. | Bermula : 22 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024 |
- Pengagihan bantuan Mykasih di Sabah dan Sarawak :
CARA AGIHAN | TARIKH |
---|---|
Akan diagihkan dua kali setahun RM300 (bujang) dan RM600 (berkeluarga & warga emas) melalui akaun bank pemohon | Pada : 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 |
CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM1200 2024
Menurut portal rasmi Mykasih, tiada permohonan yang diperlukan kerana ia adalah secara automatik sekiranya pemohon telah lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mendaftar eKasih. Justeru, pemohon perlu membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
- Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
TALIAN MEMOHON BANTUAN MYKASIH
Setelah lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah, pemohon perlu mendaftar eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar, ikuti cara mendaftar berikut :
- Individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut :
- Pejabat Pembangunan Negeri (PPN);
- Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Menerusi telefon, surat atau emel rasmi ataupun membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di talian :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada portal rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.