CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : DAFTAR SEKARANG

Dirujuk daripada ucapan belanjawan 2024, bantuan RM100 setiap bulan yang dikreditkan ke dalam Mykad penerima akan diperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima dan kadar bantuan juga dinaikkan. Hal ini demikian kerana, Kerajaan menyasar semula subsidi dan lebihan daripada penjimatan subsidi itu adalah untuk pemberian bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Bagaimanakah cara mohon bantuan rm100 mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Bantuan RM100 Mykad atau nama rasminya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan khas untuk pembelian barangan keperluan asas dapur (mengikut 10 kategori yang ditetapkan) di kedai-kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia dengan hanya pembayaran menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) sahaja.

SENARAI PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD

Bantuan RM100 Mykad telah diperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima iaitu penerima daripada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dibahagikan mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
STR Miskin Tegar0.2j
STR Miskin0.5j
STR Isi Rumah Asas1.3j
STR Warga Emas & Bujang4.3j
*Data diperoleh daripada e-Kasih dan JKM.

JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Pemberian bantuan RM100 setiap bulan mengikut jumlah keseluruhan adalah berbeza untuk setiap kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
KESELURUHAN
BANTUAN
STR Miskin TegarRM1,200
STR MiskinRM1,200
STR Isi Rumah AsasRM300
STR Warga Emas & BujangRM150

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD

Pembayaran bantuan RM100 setiap bulan ke dalam Mykad penerima adalah berbeza mengikut kategori penerima berdasarkan jumlah keseluruhan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJADUAL BAYARAN
STR Miskin & Miskin TegarRM100 setiap bulan
sepanjang tempoh 12 bulan
bersamaan RM1,200 setahun.
STR Isi Rumah AsasRM100 setiap bulan
sepanjang tempoh 3 bulan
bersamaan RM300.
STR Warga Emas & Bujang*Akan diumumkan oleh
Menteri kewangan nanti.

KAEDAH MENGGUNAKAN BANTUAN RM100 MYKAD

Bantuan RM100 Mykad boleh digunakan hanya untuk pembelian barangan keperluan asas dapur seperti berikut :

KAEDAH PENGGUNAAN BANTUAN RM100 MYKAD
Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini :
SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN MYKAD.
Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori
yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga
yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut / rujuk DI SINI.
Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran
untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
Juruwang akan mengimbas setiap kod barangan
yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk
pengesahan transaksi pembelian.
Simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki
dalam MyKad.

CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Menurut jawapan daripada soalan lazim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tiada permohonan perlu dilakukan kerana penerima Bantuan RM100 Mykad ini adalah diambil daripada data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus dan disemak silang dengan data daripada e-Kasih. Rujuk di sini : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq-bm/.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

12 thoughts on “CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : DAFTAR SEKARANG”

  1. Saya nak mohon bantuan RM100
    Untuk membeli susu Dan pampers anak baru berumur setahun lebih.anak saya tidak menyusu dada ibunya

    Reply

Leave a Comment