BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

Sejak tahun lalu bantuan tunai disalurkan ke dalam Mykad telah diperkenalkan. Namun, peruntukan pada tahun lalu hanyalah RM600 dan tidak setinggi tahun ini dengan nilai bantuan sebanyak RM1,200 disalurkan ke dalam Mykad penerima.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan rm1200 dalam mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM100 SETIAP BULAN : CHECK KELAYAKAN

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Tujuan bantuan tunai disalurkan ke dalam Mykad adalah untuk membantu rakyat menampung kos perbelanjaan keperluan asas setiap bulan sekaligus menggalakkan rakyat Malaysia untuk membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless) menggunakan Mykad sahaja.

Penerima tidak boleh membuat transaksi pengeluaran tunai daripada bantuan ini kerana ia dikreditkan ke dalam MyKad. Ia hanya sah untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang diluluskan sahaja.

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Di mana pelaksanaan bantuan disalurkan ke dalam Mykad ini telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

TEMPOH SAH GUNA BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD

Seperti yang telah dinyatakan bahawa bantuan tunai RM1,200 akan disalurkan ke dalam Mykad penerima setiap bulan sepanjang tahun ini bermula pada bulan Januari sehingga Disember 2024 dan bantuan ini sah digunakan sehingga pada 31 Disember 2024 sahaja.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2024

Ikuti semakan nama penerima yang layak menerima bantuan dalam Mykad di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Kemudian, tekan pada butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (Bantuan dalam Mykad). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment