SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Agensi serta kementerian yang terlibat dalam penyaluran bantuan akan merujuk eKasih yang merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ekasih rm1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD : SEMAK NAMA PENERIMA

APA ITU BANTUAN EKASIH RM1200 2024

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Bantuan tunai yang disalurkan sebanyak RM1,200 yang mengambil data daripada eKasih adalah Sumbangan Asas Rahmah di bawah Kementerian Kewangan dan Yayasan Mykasih yang juga merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

SISTEM KOMPONEN DATA EKASIH 2024

Berikut merupakan sistem komponen eKasih :

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online;
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan;
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online;
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan; dan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

GARIS UKUR PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 2024

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :

  1. Pekerjaan Bergaji.
  2. Bekerja Sendiri.
  3. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
  4. Pindahan Semasa diterima.

*Nota : Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 2024

Ikuti semakan nama penerima bantuan eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.

Leave a Comment