BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA
Kaedah sumbangan bantuan tunai yang disalurkan ke dalam Mykad merupakan satu inisiatif yang berkesan kerana dapat memudahkan Kerajaan untuk membuat transaksi penyaluran bantuan serta dapat memudahkan penerima untuk menggunakan bantuan dalam Mykad masing-masing.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan rm100 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : CHECK NAMA PENERIMA
DIMANAKAH TEMPAT YANG BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad untuk membeli barangan keperluan asas di lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas. (Rujuk kedai berhampiran di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
APAKAH YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaituberas, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan. Namun sekiranya melebihi amaun bantuan yang ditetapkan, penerima perlu membayarnya dengan tunai sendiri.
BAGAIMANAKAH LANGKAH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD 2024
Langkah-langkah penggunaan bantuan dalam Mykad adalah seperti berikut :
- Sila kunjungi kedai terpilih berhampiran anda.
- Kemudian, pilih barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang telah ditetapkan.
- Seterusnya, di kaunter bayaran ‘tunjukan Mykad anda’ kepada juruwang untuk membuat pengesahan penerima bantuan.
- Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
- Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
- Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD 2024
Ikuti semakan nama penerima bantuan bernilai RM100 dalam Mykad seperti berikut :
- Untuk semakan, sila klik pada pautan rasmi di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Bantuan Dalam Mykad (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.