SEMAKAN MYKASIH 2024 TERBARU : CHECK NAMA PENERIMA
Terbaru, bantuan yang disalurkan di bawah program Mykasih pada tahun ini telah mencapai nilai yang tinggi. Masing-masing penerima telah menyambut program bantuan ini dengan baik. Oleh itu, Kerajaan ingin meneruskan pemberian bantuan ini dengan kadar peruntukan dinaikkan.
Bagaimanakah semakan mykasih terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 MYKAD : SEMAK NAMA PENERIMA
NILAI BANTUAN MYKASIH 2024 TERBARU
Bagi tahun 2024 ini, kerajaan telah menaikkan nilai bantuan setiap penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | NILAI BANTUAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|---|
MISKIN TEGAR | ISI RUMAH : RM1200 WARGA EMAS : RM1200 BUJANG : RM600 | 0.2 juta |
MISKIN SERDEHANA | ISI RUMAH : RM1200 WARGA EMAS : RM1200 BUJANG : RM600 | 0.5 juta |
ASAS BUKAN MISKIN | ISI RUMAH : RM300 WARGA EMAS : RM150 BUJANG : RM150 | 8.0 juta |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH TERBARU
Bantuan Mykasih akan disalurkan mengikut kaedah seperti berikut :
BIL. | KETERANGAN |
---|---|
KAEDAH 1 | Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional. |
KAEDAH 2 | Secara kredit ke dalam akaun bank penerima yang didaftarkan. |
KAEDAH 3 | Secara tanpa tunai melalui kad pengenalan yang diaktifkan. |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH TERBARU
Penyaluran bantuan Mykasih terbaru (seterusnya) adalah mengikut tarikh seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN MYKASIH TERBARU |
---|---|
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Pada 12 Ogos 2024 (Isnin) |
Semenanjung Malaysia | Pada 1 Jun 2024 (Sabtu) |
SEMAKAN MYKASIH 2024 TERBARU
Ikuti cara semakan penerima bantuan Mykasih terbaru di portal rasmi seperti berikut :
PAUTAN RASMI PORTAL MYKASIH |
---|
https://mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan rasmi portal Mykasih di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal MyKasih
- Seterusnya, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.