SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : CHECK NAMA PENERIMA
Semestinya sudah ramai yang mengetahui tentang Sumbangan Asas Rahmah, namun masih ada yang tidak mengetahui bahawa ia adalah bantuan subsidi bersasar yang disalurkan secara ansur dan berperingkat sepanjang tahun.
Bagaimanakah semakan sumbangan asas rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH TERBARU : CHECK NAMA PENERIMA
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan subsidi bersasar hasil daripada penjimatan subsidi oleh kerajaan yang disalurkan secara berperingkat yang juga sebagai bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah. Namun, kaedah dan jumlah penyaluran adalah berbeza mengikut kategori penerima.
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Setiap kategori akan menerima jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
- Kategori 1 (Miskin Tegar) :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM1,200 | RM1,200 | RM600 |
- Kategori 2 (Miskin Serdehana) :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM1,200 | RM1,200 | RM600 |
- Kategori 3 (Asas Bukan Miskin) :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM300 | RM150 | RM150 |
KAEDAH PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Pelaksanaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti kaedah berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PELAKSANAAN |
---|---|
SABAH SARAWAK LABUAN | Akan dilaksanakan dua kali setahun (Februari dan Ogos) secara tunai ke dalam akaun bank penerima. |
SELANGOR PAHANG PERAK KELANTAN PERLIS KUALA LUMPUR PUTRAJAYA KEDAH PENANG TERENGGANU MELAKA NEGERI SEMBILAN JOHOR | Akan dilaksanakan setiap bulan (Januari hingga Disember) secara tanpa tunai melalui akaun yang diaktifkan di bawah kad pengenalan penerima. |
SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Ikuti cara semakan Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah.
- Pada halaman utama portal, sila klik pada butang [SEMAK].
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.