CARA KELUAR KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Penstrukturan semula akaun KWSP telah mula dilaksanakan oleh pihak Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) bagi mewujudkan akaun 3 atau rasminya akaun Fleksibel yang membolehkan ahli pencarum untuk membuat pengeluaran wang sekiranya mempunyai sebarang kecemasan atau keperluan peribadi.
Bagaimanakah cara keluar kwsp akaun 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
APA ITU KWSP AKAUN 3 2024
KWSP Akaun 3 atau Akaun Fleksibel adalah merupakan akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.
Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
APAKAH SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KELUAR KWSP AKAUN 3 2024
Pengeluaran wang KWSP dari akaun 3 adalah terhad kepada pencarum yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara;
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel; dan
- Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.
BILAKAH TARIKH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024
Ahli pencarum yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.
CARA KELUAR KWSP AKAUN 3 2024
Ikuti cara-cara pengeluaran KWSP akaun 3 seperti berikut :
- Sila Log Masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
- Pilih menu ‘Pengeluaran’ dan klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Seterusnya, klik pada [Akaun Fleksibel].
- Pilih butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran dan klik pada butang [Teruskan].
- Kemudian, kemaskini akaun bank yang aktif.
- Klik pada butang [Teruskan].
- Seterusnya, klik pada butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
- Masukkan nombor TAC yang dihantar oleh KWSP.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’
- Selesai.
*Nota : Bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.