SEBAB TIDAK LAYAK PENGELUARAN FLEKSIBEL AKAUN 3 KWSP 2024 : SEMAK SEKARANG

SEBAB TIDAK LAYAK PENGELUARAN FLEKSIBEL AKAUN 3 KWSP 2024 : SEMAK SEKARANG

Akaun Fleksibel (akaun 3) KWSP telah dilaksanakan untuk pengeluaran bila-bila masa, namun ia tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan ahli yang tidak disahkan layak oleh KWSP. Pengeluaran ini adalah khas kepada ahli pencarum yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan sebab tidak layak pengeluaran fleksibel akaun 3 kwsp? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA KELUAR KWSP AKAUN 3 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

HAD KELULUSAN PENGELUARAN FLEKSIBEL AKAUN 3 KWSP 2024

Pengeluaran Fleksibel akaun 3 mempunyai had pengaluaran setiap hari seperti berikut :

HAD PENGELUARANAMAUN DIBENARKAN
MinimumRM50 sehari
MaksimumRM250 sehari

PERATUSAN CARUMAN FLEKSIBEL AKAUN 3 KWSP 2024

Setiap akaun akan dicarum mengikut peratusan yang ditetapkan seperti berikut :

  1. Akaun 1 : Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  2. Akaun 2 : Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  3. Akaun 3 : Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

SEBAB TIDAK LAYAK PENGELUARAN FLEKSIBEL AKAUN 3 KWSP 2024

Untuk pengeluaran fleksibel akaun 3 KWSP, ahli pencarum haruslah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai umur 55 tahun (bawah);
  • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel (3);
  • Had pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM250.

PENGELUARAN FLEKSIBEL AKAUN 3 KWSP 2024

Sekiranya pemohon telah melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan, pemohon boleh membuat pengeluaran seperti berikut :

  1. Sila Log Masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun; atau di sini : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login?-1.ILinkListener-firstLoginLink.
  2. Pilih menu ‘Pengeluaran’ dan klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  3. Seterusnya, klik pada [Akaun Fleksibel].
  4. Pilih butang [Keluar Sekarang].
  5. Masukkan jumlah pengeluaran dan klik pada butang [Teruskan].
  6. Kemudian, kemaskini akaun bank yang aktif.
  7. Klik pada butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, klik pada butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
  9. Masukkan nombor TAC yang dihantar oleh KWSP.
  10. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment