SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : CHECK PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan khas untuk memenuhi keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah. Ia merupakan satu inisiatif yang berkesan untuk meringankan bebanan rakyat yang terkesan akan kenaikkan sesetengah harga barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status sumbangan asas rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI BANTUAN KERAJAAN : SEMAK NAMA PENERIMA
KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan mengikut kadar setiap kategori seperti berikut :
- Bujang :
- Kadar Sumbangan Asas Rahmah untuk kategori bujang adalah dibahagikan kepada tiga (3) iaitu :
MISKIN TEGAR | MISKIN SERDEHANA | ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
RM600 | RM600 | RM150 |
- Warga Emas :
- Kadar Sumbangan Asas Rahmah untuk kategori warga emas juga dibahagikan kepada tiga (3) iaitu :
MISKIN TEGAR | MISKIN SERDEHANA | ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
RM1,200 | RM1,200 | RM150 |
- Isi Rumah :
- Begitu juga kategori isi rumah kadar Sumbangan Asas Rahmah akan dibahagikan kepada tiga (3) iaitu :
MISKIN TEGAR | MISKIN SERDEHANA | ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
RM1,200 | RM1,200 | RM300 |
TARIKH PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Pada awal tahun ini telah selesai dilaksanakan kepada penerima diseluruh negeri. Berikut merupakan tarikh baharu yang akan dilaksanakan mengikut negeri penerima :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia | 01/06/2024 (Sabtu) 01/07/2024 (Isnin) 01/08/2024 (Khamis) 01/09/2024 (Ahad) 01/10/2024 (Selasa) 01/11/2024 (Jumaat) 01/12/2024 (Ahad) |
Sabah dan Sarawak | 12/08/2024 (Isnin) |
PEMAKLUMAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Berikut merupakan cara pemakluman kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah :
BIL. | CARA PEMAKLUMAN | KETERANGAN |
---|---|---|
1. | Melalui Surat | Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan. |
2. | Melalui Pesanan Ringkas (SMS / Whatsapp) | Penerima akan menerima pesanan mengikut nombor telefon yang didaftarkan untuk mengesahkan status sebagai penerima di bawah program ini. |
3. | Melalui Portal Rasmi | Semakan status di portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah. |
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Ikuti cara semakan status penerima Sumbangan Asas Rahmah di bawah berikut :
- Sila layari portal rasmi semakan status Sumbangan Asas Rahmah.
- Pada halaman semakan status, sila masukkan Nombor Kad pengenalan anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN ASAS RAHMAH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.