SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

Taraf ekonomi rakyat terutamanya golongan rentan yang mudah terjejas amat diambil perhatian oleh Kerajaan. Oleh itu, pelbagai usaha Kerajaan untuk membantu mengangkat taraf ekonomi rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan dalam bentuk tunai.

Bagaimanakah semakan senarai bantuan kerajaan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 MYKAD : CHECK SEKARANG

SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024

Terdapat pelbagai bantuan daripada Kerajaan, namun hanya dua bantuan yang disalurkan sepanjang tahun 2024 ini, iaitu :

  1. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  2. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

*Nota : Kedua-dua bantuan di atas adalah merupakan bantuan subsidi bersasar, oleh itu ia disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

NILAI AMAUN BANTUAN KERAJAAN 2024

Setiap bantuan adalah disalurkan mengikut nilai amaun yang berbeza mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI AMAUN
BANTUAN STR
NILAI AMAUN
BANTUAN SARA
ISI RUMAH
PENDAPATAN
RM2,500 KE BAWAH
RM1,000
hingga
RM2,500
(bergantung
bilangan anak)
RM300
Atau
RM1,200
(bergantung
Kelayakan)
ISI RUMAH
PENDAPATAN
RM2,501 – RM5,000
RM500
hingga
RM1,250
(bergantung
bilangan anak)
RM300
Atau
RM1,200
(bergantung
Kelayakan)
WARGA EMAS
TIADA PASANGAN
RM600RM150
Atau
RM1,200
(bergantung
Kelayakan)
BUJANG
PENDAPATAN
RM2,500 KE BAWAH
RM350RM150
Atau
RM600
(bergantung
Kelayakan)

CARA BAYARAN BANTUAN KERAJAAN 2024

Setiap bantuan akan disalurkan kepada penerima mengikut cara seperti berikut :

NEGERI PENERIMACARA BAYARAN
BANTUAN STR
CARA BAYARAN
BANTUAN SARA
Selangor, K.Lumpur,
Johor, Melaka,
N.Sembilan, Pahang,
Terengganu, Kelantan,
Perak, Perlis, Kedah,
P.Pinang
1. Secara tunai melalui
melalui akaun bank
penerima; atau
2. Secara tunai di kaunter
BSN.
Secara tanpa tunai
melalui kad
pengenalan penerima
Sabah & Sarawak1.Secara tunai melalui
melalui akaun bank
penerima; atau
2. Secara tunai di kaunter
BSN.
1.Secara tunai melalui
melalui akaun bank
penerima; atau
Secara tunai di kaunter
BSN.

SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024

Terdapat dua (2) portal rasmi untuk semakan penerima yang layak menerima bantuan oleh Kerajaan. Ikuti cara semakan di portal rasmi berikut :

  • Semakan Bantuan STR :
  1. Sila layari portal rasmi semakan MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • Semakan Bantuan SARA :
  1. Sila layari portal rasmi semakan SARA di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR dan MySARA. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment