SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 DAN RM50 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 DAN RM50 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

Jumlah bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad adalah ditentukan mengikut kelayakan penerima yang ditetapkan oleh Kerajaan. Sesetengah daripada penerima akan menerima sebanyak RM100 dan sesetengahnya juga akan menerima RM50 dan ia dikreditkan setiap bulan ke dalam Mykad penerima layak.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan mykad rm100 dan rm50 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN RM100 MYKASIH SECARA ONLINE : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BILAKAH TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD RM100 DAN RM50 SETIAP BULAN 2024

Tarikh pengkreditan bantuan ke dalam Mykad setiap bulan adalah seperti jadual berikut :

BIL.TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
(RM100)
JUMLAH BANTUAN
(RM50)
1.01/06/2024RM100RM50
2.01/07/2024RM100RM50
3.01/08/2024RM100RM50
4.01/09/2024RM100RM50
5.01/10/204RM100RM50
6.01/11/2024RM100RM50
7.01/12/2024RM100RM50
JUMLAH= RM700= RM350
*Nota : Jumlah di atas adalah bayaran bagi setengah tahun kerana bayaran bagi bulan Januari hingga Mei telah selesai.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 DAN RM50 SETIAP BULAN 2024

Kelayakan penerima bantuan dalam Mykad adalah ditentukan mengikut jumlah seperti berikut :

  1. Kelayakan Penerima Bantuan Mykad RM100 Setiap Bulan :
    • Warganegara Malaysia dan menetap di Semenanjung Malaysia;
    • Berumur 21 tahun ke atas;
    • Berkahwin atau Ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dalam kategori Isi Rumah atau Warga Emas; dan
    • Berdaftar dengan e-Kasih.
  2. Kelayakan Penerima Bantuan Mykad RM50 Setiap Bulan :
    • Warganegara Malaysia dan menetap di Semenanjung Malaysia;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Bujang belum berkahwin atau balu / duda / janda yang tiada anak;
    • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dalam kategori Bujang; dan
    • Berdaftar dengan e-Kasih.

DIMANAKAH BANTUAN MYKAD RM100 DAN RM50 SETIAP BULAN BOLEH DIGUNAKAN

Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

APAKAH BARANGAN YANG DILULUSKAN UNTUK PEMBELIAN MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 DAN RM50 SETIAP BULAN

Antara barangan yang diluluskan untuk pembelian dengan menggunakan bantuan dalam Mykad adalah seperti senarai berikut :

  1. Barangan dapur : beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
  2. Ubatan-ubatan : ubat Panadol, ubat batuk Hurix’s dan sebagainya.
  3. Produk kebersihan : Sabun, shampoo dan ubat gigi.
  4. Barangan persekolahan : peralatan menulis, kasut, dan baju sekolah.

*Nota : Pembelian adalah terhad kepada barangan yang tersenarai sahaja. Sekiranya pembelian selain barangan tersebut atau melebihi baki semasa dalam Mykad perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 DAN RM50 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan penerima yang layak bantuan dalam Mykad bernilai RM100 dan RM50 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman semakan status.
  3. Pada halaman tersebut, sila masukkan nombor Mykad anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak Status] di bawah.
  5. Status kelayakan penerima “RM100” atau “RM50” akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment