SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BULANAN MADANI 2024 : CHECK NAMA PENERIMA

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BULANAN MADANI 2024 : CHECK NAMA PENERIMA

Menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka ekonomi MADANI, Kerajaan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat terutamanya dari golongan rentan dengan menyaluran pelbagai bantuan tunai secara bulanan kepada rakyat.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bantuan tunai bulanan madani? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 DAN RM50 SETIAP BULAN : CHECK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

NILAI AMAUN BANTUAN TUNAI BULANAN MADANI 2024

Setiap penerima akan menerima nilai amaun bantuan tunai akan ditentukan mengikut kelayakan seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
NILAI AMAUN
(Pendapatan <RM2,500)
NILAI AMAUN
(Pendapatan RM2,501
hingga RM5,000)
ISI RUMAHRM1,200RM300
WARGA EMASRM1,200RM150
BUJANGRM600RM150

BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BULANAN MADANI 2024

Perima dibahagi kepada tiga (3) kategori mengikut bilangan seperti berikut :

KELAYAKAN KATEGORIBILANGAN PENERIMA
Miskin Tegar210,000
Miskin Serdehana700,000
Bukan Miskin8,000,000

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BULANAN MADANI 2024

Kriteria kelayakan penerima terbahagi kepada tiga (3) iaitu :

  1. ISI RUMAH :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  2. WARGA EMAS :
    • Bujang; atau
    • IbuBapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan individu bawah dari RM5,000.
  3. BUJANG :
    • Bujang / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BULANAN MADANI 2024

Bagaimanapun, semakan kelayakan penerima yang tepat adalah melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai MADANI.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan MADANI. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment