SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN B40 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG
Menginsafi kesusahan yang dihadapi rakyat terutamanya golongan B40 mempunyai pendapatan yang rendah, Kerajaan memperuntukan pelbagai bantuan tunai untuk disalurkan sepanjang tahun ini. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk tunai untuk kegunaan semasa rakyat.
Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 : SEMAK SEKARANG
APA ITU BANTUAN B40 2024
Bantuan B40 adalah merupakan bantuan yang disalurkan khas kepada golongan B40 sepanjang tahun ini secara tunai. Antara bantuan-bantuan yang disalurkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah dengan kadar jumlah yang berbeza setiap kategori penerima.
KADAR JUMLAH BANTUAN B40 2024
Bantuan yang disalurkan kepada penerima B40 adalah mengikut kadar setiap kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
BILANGAN ANAK | KADAR JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Tiada anak | RM1,300 atau RM2,200 |
1 – 2 anak | RM1,800 atau RM2,700 |
3 – 4 anak | RM2,300 atau RM3,200 |
5 ke atas | RM2,800 atau RM3,700 |
- Kategori Warga Emas :
KADAR JUMLAH BANTUAN |
---|
RM750 atau RM1,800 |
- Kategori Bujang :
KADAR JUMLAH BANTUAN |
---|
RM500 atau RM950 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN B40 2024
Pembayaran bantuan kepada golongan B40 adalah berbeza setiap negeri penerima seperti tarikh berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH | TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|---|
K.Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Melaka, Perlis, Perak, Kedah, P.Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, N.Sembilan | -Februari 2024 -April 2024 -Ogos 2024 -November 2024 | Setiap bulan bermula pada Januari 2024 hingga Disember 2024 |
Sabah, Sarawak dan Labuan | -Februari 2024 -April 2024 -Ogos 2024 -November 2024 | Dua kali setahun pada Februari 2024 dan Ogos 2024 |
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN B40 2024
Ikuti cara semakan kelayakan penerima bantuan di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR dan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Hotline SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.