MYSALAM BANTUAN RM700 UNTUK B40 2024 : MOHON SEKARANG

MYSALAM BANTUAN RM700 UNTUK B40 2024 : MOHON SEKARANG

MySalam telah memberi sinar harapan kepada lebih 2 juta rakyat Malaysia dan dalam perbentangan belanjawan 2024, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa MySalam akan diteruskan pemberian dalam tempoh dua (2) tahun lagi bagi membantu lebih ramai rakyat yang terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40).

Bagaimanakah cara mohon mysalam bantuan rm700 untuk b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN B40 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

APA ITU MYSALAM BANTUAN UNTUK B40

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam. Penerima akan menerima bayaran apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal.

OBJEKTIF MYSALAM BANTUAN UNTUK B40 2024

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

KADAR PERUNTUKAN MYSALAM BANTUAN UNTUK B40 2024

Dalam Belanjawan 2024, peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700,000 rakyat, setiap penerima akan menerima sebanyak RM700 dan meneruskan skim MySalam bagi tempoh dua (2) tahun lagi. Namun, pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan Rm50 sehari hospitalisasi untuk 14 hari.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYSALAM BANTUAN RM700 2024

Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Serta memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

PERMOHONAN MYSALAM BANTUAN RM700 UNTUK B40 2024

Ikuti cara permohonan bantuan RM700 untuk B40 di portal rasmi MySalam seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySalam; atau klik pada pautan di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [Log Masuk Ke Portal].
  3. Kemudian, klik pada [Log Masuk Kali Pertama] *sekiranya belum pernah berdaftar.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan yang disediakan.
  5. Klik butang [Hantar].
  6. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
  7. Seterusnya, klik pada [Tuntutan].
  8. Pilih jenis tuntutan yang pemohon perlukan.
  9. Kemudian, pilih untuk muat turun [Borang Tuntutan].
  10. Klik pada butang [Hantar].
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySALAM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.penerangan.gov.my/skim-perlindungan-nasional-b40-mysalam/.

Leave a Comment