CARA MEMOHON BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

Hanya rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan diesel serta menepati syarat kelayakan sahaja dibenarkan memohon bantuan Subsidi Madani kerana platform penyasaran semula subsidi ini hanya khas kepada yang memerlukan bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagaimanakah cara memohon bantuan subsidi madani? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUBSIDI MADANI : CHECK STATUS SEKARANG

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa permohonan bantuan Subsidi MADANI dibuka sepanjang tahun dan boleh mula membuat permohonan pada tarikh berikut :

PERKARATARIKH
PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI MADANIBermula pada 28 Mei 2024

CARA BAYARAN BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024

Pembayaran bantuan Subsidi MADANI adalah mengikut kaedah pengkreditan terus ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana kaunter Cawangan BSN sekiranya tiada sebarang maklumat akaun bank pemohon.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024

Bantuan Subsidi MADANI akan dikreditkan secara tunai kepada penerima mengikut jumlah seperti berikut :

PERKARAJUMLAH BANTUAN
Pembayaran Bantuan Subsidi MADANI 2024RM200 Setiap bulan

SYARAT-SYARAT MEMOHON BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024

Pemohon haruslah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Syarat Pemohon :
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu dan pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
  • Syarat-Syarat Pemilikan Kenderaan :
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

Namun, terdapat juga syarat tambahan yang menyebabkan pemohon tidak layak memohon :

  • Syarat Tambahan Tidak Layak :
    • Motosikal diesel;
    • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
    • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
    • Jenis kenderaan : Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

CARA MEMOHON BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024

Ikuti cara permohonan Bantuan Subsidi MADANI di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi di sini :https://budimadani.gov.my/https://budimadani.gov.my/.
  2. Pada laman utama tersebut, sila pilih [BUDI Individu] dan klik pada [Mohon Di Sini].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik [Semak].
  4. Kemudian, klik pada [Daftar Akaun].
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk cipta akaun.
  6. Klik pada butang [Daftar].
  7. Seterusnya, sila log masuk kembali dengan akaun yang telah dicipta.
  8. Lengkapkan maklumat pemohon seperti :
    • No. Mykad
    • No. Telefon Bimbit
    • Nama Bank
    • No. Akaun Bank
    • Alamat e-mel
  9. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klik pada [Seterusnya].
  10. Lengkapkan maklumat pemilikan kenderaan seperti :
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan
    • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
    • Jenama / Model Kenderaan
    • Kelas Kegunaan Kenderaan
  11. Sila klik pada [Hantar Permohonan].
  12. “Permohonan telah berjaya dihantar”.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/soalan-lazim/budi-individu-pemilik-kenderaan-diesel-persendirian.

Leave a Comment