SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada rakyat yang layak. Begitu juga bantuan subsidi bahan api diesel yang disasar semula bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat untuk memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan subsidi madani? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RM100 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024

Bantuan Subsidi MADANI adalah menerupakan bantuan lanjutan subsidi bersasar bahan api diesel khas kepada bukan golongan T20 yang mempunyai kenderaan diesel persendirian bagi mengawal harga barang dan membendung kenaikan kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan.

KADAR BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024

Kerajaan ingin memastikan subsidi yang disasarkan sampai kepada setiap individu yang bukan golongan T20 mempunyai kenderaan diesel persendirian layak menerima kadar tunai sebanyak RM200 setiap bulan untuk menampung kos bahan api diesel.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024

Bantuan Subsidi MADANI akan disalurkan kepada penerima melalui pengkreditan tunai menerusi akaun bank yang didaftarkan. Sekiranya pemohon tidak mempunyai sebarang akaun bank, ia perlu ke kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUBSIDI MADANI 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan Subsidi MADANI pada pautan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi SUBSIDI MADANI di sini :https://budimadani.gov.my/https://budimadani.gov.my/.
  2. Pada halaman utama portal, sila klik pada [BUDI INDIVIDU].
  3. Masukkan nombor ID pemohon tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik butang [Semak].
  5. Status penerima akan dipaparkan pada bahagian bawah portal.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/soalan-lazim/budi-individu-pemilik-kenderaan-diesel-persendirian.

Leave a Comment