JAWATAN KOSONG JABATAN KESIHATAN NEGERI : JKN PERLIS
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL MySTEP. Pelbagai jawatan menarik untuk diisi dan terdapat banyak kekosongan. Penempatan untuk jawatan Jabatan Kesihatan Negeri ini juga akan ditempatkan di daerah Perlis.
BACA JUGA : JAWATAN KOSONG AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) : PERMOHONAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN JKN PERLIS |
---|
12 DISEMBER 2023 |
TAWARAN JAWATAN KOSONG JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS
BIL. | JAWATAN | PENEMPATAN | BIL. KEKOSONGAN | KADAR UPAH |
---|---|---|---|---|
1. | Pegawai Psikologi | Bahagian Pengurusan, JKN Perlis | 1 | RM2,100 |
2. | Pegawai Psikologi | Pejabat Kesihatan Daerah Kangar | 2 | RM2,100 |
3. | Pegawai Penyelidik | Pejabat Kesihatan Daerah Kangar | 6 | RM2,100 |
4. | Pegawai Penerangan (Pendidikan Kesihatan) | Unit Promosi Kesihatan, JKN Perlis | 5 | RM2,100 |
5. | Pereka Grafik & Multimedia | Unit Promosi Kesihatan, JKN Perlis | 1 | RM2,100 |
6. | Pegawai Teknologi Maklumat | Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, JKN Perlis | 1 | RM2,100 |
7. | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat | Bahagian Pengurusan, JKN Perlis & Pejabat Kesihatan Daerah Kangar | 3 | RM1,900 |
8. | Penolong Jurutera | Unit Kejuruteraan, JKN Perlis & Unit Kejuruteraan, PKD Kangar | 2 | RM1,900 |
9. | Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat | Hospital Tuanku Fauziah | 1 | RM1,900 |
10. | Pembantu Tadbir | Unit Aset, Bahagian Pengurusan, JKN Perlis & Casemix, HTF/ Pengurusan Rekod Perubatan, HTF | 12 | RM1,700 |
11. | Pegawai Khidmat pelanggan | Wellness Hub UTC Perlis | 2 | RM1,700 |
12. | Pembantu Awam | Unit Vektor, PKD Kangar | 6 | RM1,500 |
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik melibatkan pelbagai peringkat pengurusan dan masyarakat.
- Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan.
- Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.
*Namun syarat kelayakan / syarat lantikan adalah berbeza untuk setiap jawatan yang ditawarkan.
DESKRIPSI TUGAS
Setiap jawatan mempunyai deskripsi tugas yang berbeza. Untuk mengetahui deskripsi tugas setiap jawatan, sila rujuk di sini :
TEMPOH KONTRAK JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS
TEMPOH KONTRAK JKN PERLIS |
---|
Sehingga 31 DISEMBER 2024 |
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS
- Permohonan hendaklah dihantar melalui alamat emel: [email protected]
- Sila nyatakan nama jawatan yang ingin dipohon di dalam ruangan perkara (subject).
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Disember 2023 sebelum jam 4.30 petang;
- Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama SALINAN berikut:-
i. Salinan Resume.
ii. Salinan sijil-sijil kelayakan yang berkaitan.
iii. Salinan Kad Pengenalan.
iv. Sekeping gambar berukuran passport terkini.
*Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berhubung tawaran ini boleh menghubungi talian 04-9773333 samb. 2293
(Pn. Aiza Ismanani Binti Kamal) / atau rujuk portal rasmi JKN Perlis di sini : https://jknperlis.moh.gov.my/v3/