JAWATAN KOSONG AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) 2023 : PERMOHONAN

JAWATAN KOSONG AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) 2023 : PERMOHONAN

Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sdn. Bhd. di bawah anak syarikat Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai / mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK di Akademi Binaan Malaysia (Sabah) Sdn Bhd.

BACA JUGA : CARA BELI GUNA EMADANI RM100

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG AKADEMI BINAAN MALAYSIA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
15 Disember 2023 (Perak)
29 Disember 2023 (Sabah)

JAWATAN YANG DITAWARKAN

BIL.JAWATANTARAFCAWANGAN
1.TENAGA PENGAJAR BINAAN BANGUNAN ABMKontrakPerak
2.WARDEN ASRAMA DAN PEGAWAI MENGAWAL ASETKontrakSabah
3.PEMBANTU EKSEKUTIF SUMBER MANUSIAKontrakSabah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • TENAGA PENGAJAR BINAAN BANGUNAN ABM :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur tidak kurang 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
    • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Kejuruteraan Awam (Bangunan) atau setara dengannya.
    • Mempunyai pengalaman dalam Bidang Binaan Bangunan dan memiliki Lesen Mengajar VTO (Vocational Training Officer) & Train The Trainer (TTT) adalah dialu-alukan.
    • Latar belakang dalam bidang Binaan Bangunan adalah diberi keutamaan.
  • WARDEN ASRAMA DAN PEGAWAI MENGAWAL ASET :
    • Warganegara Malaysia.
    • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan.
    • Lulus dalam Bahasa Malaysia (Termasuk ujian lisan) pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan diiktiraf setaraf kerajaan.
    • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (3) tahun dalam bidang berkaitan.
    • Memiliki lesen memandu kelas D dan GDL adalah diberikan keutamaan.
    • Dikehendaki untuk menginap di asrama.
    • Keutamaan diberikan kepada pemohon berasal daripada Daerah Sandakan.
  • PEMBANTU EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA :
    • Warganegara Malaysia.
    • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma / Ijazah dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
    • Pengalaman kerja dalam bidang pengurusan sumber manusia sekurang-kurangnya (3) hingga (5) tahun.
    • Mahir dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, termasuk kemahiran dalam komunikasi lisan dan bertulis.
    • Mahir dalam menggunakan perisian dan teknologi maklumat berkaitan sumber manusia.

SKOP TUGAS JAWATAN

  • WARDEN ASRAMA DAN PEGAWAI MENGAWAL ASET :
    • Mengendali kemasukan pelajar ke asrama.
    • Memastikan semua peralatan dan perkakasan asrama di dalam keadaan yang teratur.
    • Menjaga sistem fail dan rekod peralatan ,perkakasan dan senarai penghuni asrama dikemaskini dan disimpan dengan teratur.
    • Memastikan asrama sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat untuk diduduki.
    • Melapor dan memastikan semua kerosakan diperbaiki dengan segera.
    • Memastikan kebersihan asrama di tahap yang memuaskan.
    • Memastikan semua peraturan dan garispanduan menduduki asrama sentiasa dipatuhi oleh pihak pelatih.
    • Membuat pemeriksaan aset secara berkala.
    • Membuat pemantauan kebersihan bangunan.
    • Membuat pemeriksaan dan membaik pulih terhadap aduan kerosakan yang diterima sama ada kemudahan ABM atau asrama.
    • Merekod dan memohon aset ABM.
    • Menyelenggara dan melaporkan pergerakan aset dan bahan guna habis ABM.
    • Lain-lain berkaitan.
  • PEMBANTU EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA :
    • Melaksanakan semua fungsi HR termasuk gaji, pengambilan pekerja, kebajikan dan faedah pekerja, pampasan serta masalah displin.
    • Merancang dan mengurus program latihan dan pembangunan pekerja.
    • Memahami undang-undang buruh dan perundangan berkaitan dengan pergurusan sumber manusia di Malaysia.
    • Menyediakan laporan berkaitan sumber manusia kepada pengurusan syarikat.

CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG AKADEMI BINAAN MALAYSIA

  • Untuk jawatan (TENAGA PENGAJAR BINAAN BANGUNAN ABM) Hantar Resume anda ke : [email protected]
  • Untuk jawatan (WARDEN ASRAMA DAN PEGAWAI MENGAWAL ASET / PEMBANTU EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA) Hantar Resume anda ke : [email protected]

*RUJUK DI PORTAL RASMI ABM : https://akademibinaan.com.my/

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Ketua Unit Sumber Manusia (Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara) :
    • Alamat : Lot 2991 & 2992, Jln Sintok, Padang Sanai- Mukim Temin, 06010 Sintok Kedah.
    • Hubungi talian : 04-924 2200.
  • Bahagian Sumber Manusia (Akademi Binaan Malaysia (Sabah) Sdn. Bhd :
    • Alamat : Kayu Madang, 0.6KM, Jalan Kayu Madang, Telipok, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
    • Hubungi talian : 089-495806 / 495807 (Pn. Nurfathin Binti Asmari).

Leave a Comment