JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA : PKKM

JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA : PKKM

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan, untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Pegawai Latihan yang bertaraf Tetap.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI KUMPULAN WANG PUSAT PERDAGANGAN LAUT : KWPPL

TARIKH PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PKKM

PERKARATARIKH
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA13 DISEMBER 2023 (RABU)
TARIKH PERMOHONAN DITUTUP27 DISEMBER 2023 (RABU)

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

BIL.JAWATANGREDTARAF
LANTIKAN
1.PEMBANTU PEGAWAI LATIHANE19TETAP

JADUAL GAJI

PERKARAGAJI
JADUAL GAJIMinimum : RM1,353.00
Maksimum : RM4,005.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNANRM100.00

SYARAT LANTIKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.
      • [ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,353.00 ]; atau
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
      • [ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,353.00 ]; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia dalam perakaunan peringkat tertinggi.
      • [ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,409.40 ]; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • [ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,409.40 ]; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
      • [ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,465.80 ]
  2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

PAUTAN BORANG PERMOHONAN PKKM
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScM06GEjk1NlwCzJERJpk4DmyH9rnvPATlZAoEjuRLUuMBuhA/viewform
  1. Sila klik pautan borang permohonan Jawatan kosong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di atas (Borang adalah berbentuk google form).
  2. Masukkan alamat e-mel anda yang digunakan.
  3. Kemudian, klik [Next].
  4. Isikan butiran-butiran peribadi yang diminta (bertanda * adalah wajib diisi).
  5. Sila isi semua maklumat dengan lengkap dan betul.
  6. Klik butang [Next] di bawah selepas anda selesai mengisi.
  7. Seterusnya, isikan maklumat yang diperlukan dan tekan [Next].
  8. Tandakan pada bahagian perakuan (/).
  9. Tekan butang [Submit].
  10. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’.
  11. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Alamat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur.
  • Talian : 03-2162 7459 / 7533
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment