JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN ASET KERETAPI : RAC

JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN ASET KERETAPI : RAC

Perbadanan Aset Keretapi (RAC) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin mempelawa calon-calon yang merupakan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perancang Bandar, Penolong Pegawai Tadbir, dan Pegawai Khidmat RAC.

Bagaimanakah permohonan jawatan kosong terkini perbadanan aset keretapi? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA : PKKM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PERBADANAN ASET KERETAPI

TARIKH TUTUP PERMOHONAN RAC
27 DISEMBER 2023 (12 tengah hari)

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN PERBADANAN ASET KERETAPI

BIL.JAWATANTARAF
JAWATAN
BAHAGIAN /
UNIT
1.Pegawai Perancang
Bandar Gred J41
COSUnit Perancangan
Pembangunan Hartanah
2.Penolong Pegawai
Tadbir Gred N29
COSUnit Pengurusan Tanah
3.Pegawai Khidmat
RAC 29
PKRACUnit Pengurusan Tanah
4.Pegawai Khidmat
RAC 19
PKRACUnit Pentadbiran

JADUAL GAJI MENGIKUT JAWATAN

BIL.JAWATANGAJI
1.Pegawai Perancang
Bandar Gred J41
Minimum : RM 2,529.00
Maksimum : RM 9,643.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00
Bantuan Sara Hidup : RM300.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal : 5%
daripada gaji pokok sebulan
2.Penolong Pegawai
Tadbir Gred N29
Minimum : RM 1,493.00
Maksimum : RM 5,672.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00
Bantuan Sara Hidup : RM350.00
3.Pegawai Khidmat
RAC 29
RM2,200.00
4.Pegawai Khidmat
RAC 19
RM1,900.00

SYARAT LANTIKAN WAJIB PERBADANAN ASET KERETAPI

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT-SYARAT LANTIKAN SETIAP JAWATAN

Setiap jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) adalah berbeza syarat-syarat lantikan. Sila rujuk di sini untuk mengetahui syarat lantikan yang ditetapkan : https://www.rac.gov.my/index.php/announcements/view/657?view_type=pop_out.

DESKRIPSI TUGAS

Berikut merupakan deskripsi tugas setiap jawatan yang ditawarkan :

  1. Pegawai Perancang Bandar Gred J41 :
    • Merancang pembangunan hartanah tanah-tanah RAC secara penswastaan;
    • Membantu dan menyelaras projek-projek perancangan pembangunan;
    • Membantu menyediakan deraf perjanjian projek penswastaan;
    • Membantu menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan RAC dan menyediakan kertas mesyuarat Lembaga Pengarah RAC;
    • Memberi khidmat nasihat atau ulasan berkaitan perancangan pembangunan hartanah;
    • Memantau dan mengemaskini kemajuan projek-projek perancangan pembangunan; dan
    • Menyediakan, menyelaras dan memantau bajet dalaman unit.
  2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 :
    • Membantu dan melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan tanah-tanah rizab/hakmilik/operasi keretapi bagi memastikan tadbir urus aset-aset keretapi dapat diuruskan dengan efisien dan sistematik.
  3. Pegawai Khidmat RAC 29 :
    • Mengumpul, merekod data di lapangan, mendigit (digitize) dan mengenal pasti kawasan-kawasan berpotensi untuk sewaan/ pajakan/pembangunan;
    • Memurnikan (clean up) dan memastikan kualiti data yang dikumpul dalam satu format spreadsheet atau programming;
    • Menstruktur dan mengelaskan setiap data yang didigit;
    • Menganalisa tanah yang sesuai untuk dibangunkan, disewa/pajak dan permohonan pengambilan/pemberimilikan tanah;
    • Membantu menyediakan data samada dalam pelan GIS, dashboard, slaid pembentangan atau graf; dan Membantu dalam membuat semakan, pengesahan sempadan, ulasan status tanah, penyediaan pelan ukur dan lainlain keperluan berkaitan di Unit Teknikal.
  4. Pegawai Khidmat RAC 19 :
    • Membantu melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, lawatan tapak, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN ASET KERETAPI

  1. Sila klik pada pautan Borang Permohonan RAC di sini : https://apps.rac.gov.my/ejawatan/.
  2. Pilih jawatan yang anda ingin mohon.
  3. Kemudian, isikan semua maklumat peribadi yang diperlukan dengan lengkap dan tepat (yang bertanda * adalah wajib diisi).
  4. Sila muat naik gambar berukuran passport anda dengan menekan [Choose File]. (gambar hendaklah format jpeg).
  5. Seterusnya isikan semua maklumat keputusan pengajian anda mengikut gred yang diperoleh dengan betul.
  6. Masukkan juga maklumat kegiatan luar (sukan dan kelab persatuan peringkat sekolah/ negeri/ mana-mana yang berkenaan).
  7. Isikan butiran pengalaman kerja (sekiranya ada).
  8. Masukkan butiran lesen memandu yang anda ada.
  9. Sekiranya anda ingin memohon jawatan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat, anda dikehendaki mengisi bahagian bernombor (6).
  10. Anda diwajibkan untuk memuat naik dokumen sokongan seperti Resume terkini, Salinan Kad pengenalan dan Salinan Sijil Pendidikan yang berkaitan dan klik pada [Choose File].
  11. Pada bahagian Perakuan diri, anda hendaklah memasukkan nama (2) orang lain yang mengenali diri anda.
  12. Seterusnya tickkan pada bahagian Pengakuan.
  13. Klik butang [Hantar].
  14. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’.
  15. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat jawatan kosong di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan atau pertanyaan berkaitan jawatan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat : Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor.
  • Hubungi talian RAC : 03-8939 0200
  • E-mel ke : [email protected]

Leave a Comment