MYKASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG
Menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup, bantuan MyKasih disalurkan secara berperingkat kepada setiap kategori yang merangkumi isi rumah, bujang dan juga warga emas mengikut kelayakan.
Bagaimanakah MyKasih semakan status penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN 450 MYKAD : SEMAKAN NAMA PENERIMA
KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH BANTUAN
Terdapat tiga (3) kelayakan khusus penerima bantuan MyKasih, iaitu :
- Miskin Tegar;
- Miskin Serdehana; dan
- Asas Bukan Miskin.
KADAR BAYARAN MYKASIH BANTUAN
Setiap penerima akan menerima kadar bayaran bantuan yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN / KATEGORI PENERIMA | ISI RUMAH | BUJANG | WARGA EMAS |
---|---|---|---|
MISKIN TEGAR | RM1,200 | RM600 | RM1,200 |
MISKIN SERDEHANA | RM1,200 | RM600 | RM1,200 |
ASAS BUKAN MISKIN | RM300 | RM150 | RM150 |
TARIKH & CARA BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Pembayaran bantuan MyKasih adalah berbeza setiap negeri penerima :
NEGERI PENERIMA | TARIKH BAYARAN | CARA PEMBAYARAN |
---|---|---|
Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu | Bermula 22/01/2024 (setiap bulan) Sehingga 01/12/2024 | Secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan |
Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor | Bermula 29/01/2024 (setiap bulan) Sehingga 01/12/2024 | Secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan |
Sabah, Sarawak dan Labuan | Pada 19/02/2024 dan 12/08/2024 | Secara tunai melalui akaun bank penerima |
CARA MYKASIH SEMAKAN STATUS
Terdapat tiga (3) cara untuk mengetahui status penerima bantuan MyKasih, iaitu :
- Surat Pemakluman MyKasih :
- Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman Mykasih mengikut alamat yang didaftarkan.
- Pesanan Ringkas (SMS) :
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar mengikut nombor telefon yang didaftarkan.
- Portal Rasmi Mykasih :
- Semakan Status boleh dibuat pada portal rasmi MyKasih.
MYKASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN
Ikuti cara semakan status di portal rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.