SPA9 LOGIN 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Untuk makluman anda, SPA9 adalah Portal Rasmi atau Laman Utama Terkini bagi tahun 2024 untuk memohon Jawatan Kosong Kerajaan Malaysia. Portal ini dimiliki oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Menerusi portal ini, anda boleh buat permohonan Kerja Kosong Kerajaan Malaysia yang terbaru berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki oleh anda.
Oleh itu, jika anda berminat ataupun bercita-cita ingin bekerja kerajaan inilah tempatnya untuk anda membuat permohonan Jawatan Kosong Kerajaan secara rasminya.
Di bawah ini kami sediakan Toturial Penuh untuk anda yang masih lagi baru dengan Portal Rasmi ini.
Apakah SPA9 login 2024? Bagaimanakah cara permohonan & semakan? Maklumat lanjut di sini.
Baca juga : Senarai Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta Malaysia
SPA9 DAFTAR
CARA PENDAFTARAN SPA9
Untuk pengetahuan anda, jika anda sebelum ini anda tidak pernah menggunakan laman sesawang ini, anda dikehendaki membuat Pendaftaran Pengguna terlebih dahulu sebelum memohon Jawatan Kerajaan di dalam Portal ini. Sila ikuti panduan yang disediakan di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
SPA9 Daftar (Pengguna Kali Pertama) | Klik Link ini : https://spa9.spa.gov.my/register. |
Jika anda sudah selesai membuat Pendaftaran Pengguna Kali Pertama, anda boleh Log Masuk ke Laman Utama melalui SPA9 Login.
SPA9 LOGIN
CARA LOGIN SPA9
Berikut adalah pautan atau link untuk Log Masuk :
PERKARA | PAUTAN |
SPA9 Login Masuk | Link Log Masuk Laman Utama : Log Masuk SPA9. |
CARA PERMOHONAN SPA9
PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN SPA9.
- Klik Link Rasmi Permohonan Jawatan SPA9 di sini : PERMOHONAN JAWATAN SPA9.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama LOG MASUK PEMOHON.
- Jika anda merupakan Pengguna Pertama Kali yang masih belum berdaftar, sila ikuti toturial di atas untuk Pendaftaran Pengguna Kali Pertama.
- Jika anda sudahpun berdaftar anda boleh teruskan ikuti panduan ini.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Laman MAKLUMAT PERIBADI.
- Anda dikehendaki mengisi Maklumat Peribadi anda dengan lengkap dan sahih.
- Kemudian, jika semua sudah diisi sila tekan [Seterusnya]. Jika anda kemaskini maklumat yang sedia ada sila tekan [Simpan] untuk pastikan Maklumat yang dikemaskini disimpan.
- Seterusnya, anda dikehendaki mengisi MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK.
- Sila isi bermula dari PT3 sehingga ke Peringkat Pengajian Tinggi (Jika ada).
- Jika anda sudah selesai mengisi Maklumat Akademik, sila tekan [Seterusnya].
- Anda akan dibawa ke MAKLUMAT PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT.
- Sila tekan [Tidak] jika anda bukan pekerja kerajaan ataupun pekerja badan uniform.
- Anda akan dibawa ke MAKLUMAT BUKAN AKADEMIK.
- Sila isi semua Maklumat yang dikehendaki jika ada. Jika tiada biarkan.
- Jika sudah selesai di Bahagian Maklumat Bukan Akademik, sila tekan [Seterusnya].
- Sekarang anda akan dibawa ke Bahagian JAWATAN SPA yang boleh anda mohon.
- Jumlah maksimum jawatan yang boleh didaftarkan adalah 15 jawatan sahaja (termasuk Latihan Separa Perubatan).
- Sila pilih 15 Jawatan yang bersesuaian dengan Taraf atau Kelayakan Akademik anda.
- Jika anda sudahpun selesai memilih 15 Jawatan yang ingin dimohon, sila tekan [Seterusnya].
- Anda akan dibawa ke SEMAKAN MAKLUMAT PERMOHONAN. Pastikan anda membuat Semakan Butiran yang telah diisi atau Jawatan yang dipohon adalah betul.
- Tekan [Seterusnya].
- Anda akan dibawa ke PERAKUAN PEMOHON.
- Pastikan anda baca dan faham Perakuan Pemohon yang dinyatakan. Pastikan Maklumat atau Butiran yang diisi adalah benar dan sahih.
- Sila tick [SETUJU] jika anda sudah pasti bahawasanya Permohonan yang diisi adalah benar dan lengkap.
- Tekan [HANTAR].
- Permohonan ANDA TELAH BERJAYA DIHANTAR.
- Anda akan dipaparkan SLIP AKAUN PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN SPA. Anda boleh simpan Slip tersebut jika mahu.
- Permohonan Jawatan SPA9 telah pun berjaya diisi. Untuk Semakan anda boleh rujuk di toturial yang disediakan di bawah.
- Selesai.
CARA SEMAKAN SPA9
Berikut adalah Semakan SPA9 LOGIN :
PERKARA | PAUTAN |
SEMAKAN SPA9 LOGIN (CHECK STATUS PERMOHONAN) | LINK SEMAKAN STATUS JAWATAN SPA9 : https://spa9.spa.gov.my/semakan-permohonan. |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan anda boleh rujuk di Panduan Pengguna SPA9 di sini : https://spa9.spa.gov.my/manual/Manual_Pengguna_SPA9.pdf.