PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN TERBARU 2024 : MOHON SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN TERBARU 2024 : MOHON SEKARANG

Terbaru, permohonan untuk bantuan yang dikreditkan menerusi aplikasi e-Wallet telahpun dibuka kepada rakyat Malaysia yang menepati syarat yang ditetapkan. Sekiranya permohonan telah diluluskan, bantuan akan dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah permohonan bantuan ewallet b40 rm300 setiap bulan terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN TERBARU : CHECK STATUS SEKARANG

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 TERBARU 2024

Bagi yang ingin memohon, permohonan telah dibuka pada tarikh :

PERKARATARIKH
Permohonan Bantuan DibukaBermula 5 Julai 2024
Permohonan Bantuan DitutupSehingga 15 Ogos 2024
*Nota : Tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan semula sekiranya kouta permohonan telah penuh.

TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 TERBARU 2024

Setelah permohonan dilakukan, pemohon perlu menunggu proses kelulusan selama tempoh :

TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN
14 hari dari tarikh permohonan

KADAR BAYARAN BANTUAN EWALLET B40 SETIAP BULAN TERBARU 2024

Setiap penerima yang telah diluluskan permohonan akan layak menerima bayaran bantuan sebanyak RM300 setiap bulan melalui aplikasi e-Wallet ‘Selangkah’ selama tempoh dua (2) tahun berturut-turut. Namun, penerima perlu menghabiskan bantuan RM300 setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN 2024

Bermula 1 Julai 2024, semua pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 TERBARU 2024

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan :

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN TERBARU 2024

Ikuti cara permohonan bantuan e-Wallet B40 yang terbaru secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
  3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
  4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
  8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
  9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
  10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
  11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
  13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan telah berjaya’.
  17. Anda perlu mengaktifkan akaun Selangkah e-Wallet.
  18. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak berwajib di talian ini : 1-800-22-6600.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment