BANTUAN EWALLET UNTUK B40 PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN 2024 : MOHON DAN CHECK STATUS SEKARANG
Keperluan asas perlu dipenuhi oleh setiap individu, namun bagi segelintir individu terutamanya yang terdiri daripada kumpulan B40 pastinya rasa sedikit terbeban. Justeru itu, kerajaan menyalurkan bantuan kepada B40 untuk menampung pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300 sebulan.
Bagaimanakah mohon dan check status bantuan ewallet untuk b40 pembelian barangan keperluan asas rm300 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN TERBARU : MOHON SEKARANG
TEMPOH PROSES KREDIT BANTUAN EWALLET UNTUK B40 RM300 SEBULAN 2024
Untuk menerima kredit bantuan e-Wallet, setiap individu perlu melalui tempoh proses kelulusan iaitu perlu menunggu selama 14 hari selepas permohonan dibuat. Setelah permohonan diluluskan, bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet setiap bulan sebanyak RM300.
SENARAI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN 2024
Penerima bantuan hanya boleh memilih antara barangan yang disenaraikan seperti berikut untuk pembelian dengan bantuan :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Ubat-ubatan.
- Sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
- Sabung, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
- Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.
*Nota : Sekiranya barangan yang dibeli melebihi amaun bantuan, penerima perlu membayar secara tunai.
CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN EWALLET 2024
Setelah diluluskan, penerima boleh terus menggunakan bantuan mengikut cara seperti berikut :
- Kunjungi mana-mana panel kedai yang terpilih;
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut senarai yang ditetapkan;
- Di kaunter, juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi e-Wallet;
- Juruwang akan melakukan saringan setiap barangan yang dipilih;
- Penerima perlu membuka akaun e-Wallet dan klik pada butang [Bayar];
- Masukkan nombor PIN 6-digit untuk pengesahan;
- Juruwang akan mengimbas kod QR pada e-Wallet untuk menerima bayaran.
CARA MOHON BANTUAN EWALLET UNTUK B40 PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Ikuti cara memohon bantuan e-Wallet untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
- Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
- Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
- Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- ‘Permohonan telah berjaya’.
- Selesai.
*Nota : Setelah permohonan berjaya, pemohon perlu memuat turun aplikasi Selangkah dan mengaktifkan akaun e-Wallet Selangkah.
CHECK STATUS BANTUAN EWALLET UNTUK B40 PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN 2024
Untuk mengetahui status kelayakan permohonan, sila ikuti cara check status seperti berikut :
- Sila klik pada pautan di sini : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk#.
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 ATAU https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.