PERMOHONAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA : JAWATAN KOSONG TERKINI

PERMOHONAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA : JAWATAN KOSONG TERKINI

Jabatan Imigresen Malaysia (Negeri Pulau Pinang) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (Personel MySTEP) secara Kontrak.

BACA JUGA : PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN SPA : DAFTAR SEKARANG

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

PERKARATARIKH
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
JAWATAN KOSONG JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
31 DISEMBER 2023

JAWATAN YANG DITAWARKAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

BIL.JAWATANGAJITARAF
JAWATAN
1.PEGAWAI PERHUBUNGAN PELANGGAN
GRED N19
(PERSONEL MYSTEP)
RM1,700.00KONTRAK

TEMPOH KONTRAK

TEMPOH KONTRAK JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
8 JANUARI 2024 hingga 8 JUN 2024 (6 bulan)

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

Calon-calon lantikan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji tetap : N19 RM1,700.00).

DESKRIPSI TUGAS

  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua pelanggan;
  • Melayani pelanggan / tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra; dan
  • Memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.

KELEBIHAN YANG DITAWARKAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

  • Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti tahunan; dan
  • Caruman KWSP dan PERKESO.

WAKTU BEKERJA

WAKTU BEKERJA
Waktu bekerja yang fleksi (antara 7.30 pagi hingga 6.00 petang)

PENEMPATAN BERTUGAS

PENEMPATAN BERTUGAS
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

CARA PERMOHONAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

  1. Sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti :
    • Resume terkini berserta gambar terkini
  2. Hantarkan ke alamat seperti di bawah berikut :
ALAMAT PERMOHONAN
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
ARAS 3, 13700 JALAN KELASAH
SEBERANG JAYA PULAU PINANG
NO.TEL : 04-3973011

*Hanya calon yang layak dan memenuhi syarat kelayakan akan dipilih. Sekiranya tiada sebarang jawapan selepas dua (2) minggu lepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan jawatan kosong di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • NO.TEL : 04-3973011

Atau Rujuk Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Di SINI : https://www.imi.gov.my/index.php/utama/

Leave a Comment