PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN SPA 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN SPA 2024 : DAFTAR SEKARANG

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI TEKUN NASIONAL : IKLAN DAN PERMOHONAN

JENIS LATIHAN SEPARA PERUBATAN YANG DITAWARKAN

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu :

  1. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan
  2. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun).

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.

KATEGORI PEMOHON DAN HAD UMUR

  1. Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV :
    • Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
  2. Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) :
    • Umur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
  3. Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan :
    • Umur tidak melebih 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN YANG DITAWARKAN

  1. Berikut merupakan senarai 10 Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan :
  2. Berikut merupakan senarai 2 Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan :

CARA PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

  1. Permohonan mestilah melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9i).
  2. Sila klik [Pendaftaran Pengguna] sekiranya anda belum pernah berdaftar SPA9i.
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Tandakan pada bahagian [Persetujuan].
  5. Kemudian, klik [Daftar].
  6. Selepas selesai, sila log masuk dengan menggunakan Nombor K/P dan kata laluan yang anda setkan.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik [Simpan].
  9. Seterusnya pilih jawatan yang anda ingin pohon.
  10. Kemudian, klik pada perakuan pemohon.
  11. Tekan butang [Hantar].
  12. Permohonan anda berjaya dihantar.
  13. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment